Resepi Rendang Daging pada Aidilfitri 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sedar tidak sedar esok tibalah 1 syawal. Bakal berakhir ramadan untuk tahun 2021 beberapa detik lagi. Semoga Allah izinkan kita semua untuk bertemu lagi ramadah pada tahun-tahun akan datang dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan masih dapat berkumpul bersama ahli keluarga. Yang paling utama kita dapat tingkatkan amal ibdah kita kepada Allah dengan lebih baik..insyaAllah.
Biasanya hari terkhir ramadan kita semua sudah sedia sibuk merendang kan..begitu juga saya disini. Walaupun masih lagi kita semua tidak dapat berkumpul bersama keluarga di kampung berikutan tempoh PKP yang masih berlaku namun kita semua masih sibuk mengekalkan keseronokan untuk menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang disisi.
Disini saya kongsikan resepi rendang yang saya ambil daripada kak shuriyani iaitu rakan ofis. Terasa sedap menikmati air tangan beliau semasa makan di pantri ofis tidak lama dulu. Saya simpan disini untuk rujukan pada masa akan datang.
![]() |
Hidangan berbuka puasa 30 ramadan tahun ini |
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering (bergantung kepada tahap kepedasan yang dikehendaki)
7-8 biji bawang merah
1-2 biji bawang besar
5-6 biji bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
7 batang serai
3 sudu makan ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
1-2 inci kunyit
Bahan-bahan lain:
Daging yang telah dipotong
Santan KARA 1 kotak
Kerisik 4-5 sudu
Garam dan air asam jawa
Daun kunyit
Cara-cara membuatnya:
1. Saya gunakan noxxa, masukkan minyak dan tumis bahan kisar sehingga beraroma. Kemudian
masukkan daging. Tekan MODE HP 30 min.
2. Setelah cukup masa 30 min, bila sudah agak kering, saya masukkan santan, garam dan air asam
(saya gantikan 1-2 asam keping)
3. Perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan kerisik dekat-dekat nak angkat.
4. Masukkan daun kunyit untuk menambahkan aroma.
5. Sedia untuk dihidang.
![]() |
Terima kasih faizah singgah luar rumah untuk hantar lauk menyambut syawal. Terima kasih atas ingatan. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan |
Comments
Post a Comment