Pengalaman luka ceaser keluar air
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pertama kali merasai pengalaman bersalin secara ceaser pada 27/12/2018., satu pengalaman yang cukup berbeza dengan sebelum ini. Dan ini satu pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan. Hari pertama turun dari katil, setelah merasai ubat bius yang sudah hilang sudah cukup berkerut-kerut muka menahan sakit. Apatah lagi nak mengambil barang yang jatuh ke bawah, hendak menunduk, batuk ataupun gelak...terseksa rasanya menahan diri. Pendek kata kalau sebelum ini seseorang yang sudah biasa berdikari, membuat kerja sendiri, tetapi di dalam tempoh ini memang terpaksa mengharapkan ihsan orang di sekeliling untuk membantu. Memang betul-betul nak kena manjakan diri. Masa hari-hari pertama selepas ceaser, hendak berpusing untuk tukarkan pampers anak pun merasa sakit. Tetapi sudah namanya ibu kan..untuk anak sanggup lakukan apa sahaja.
24/1/2019- Nuha Nazihah cucuk sebulan di Klinik Kesihatan Bagan Serai |
Alhamdulilah, saya dikelilingi ipar dan biras yang sudah melalui pengalaman bersalin secara ceaser. Jadi ini bukanlah sesuatu yang asing buat saya apabila sudah melihat keadaan ini. Semasa di hospital, saya mandi seperti biasa, dan cuma keringkan dengan tisu sahaja pada bahagian tempat ceaser. Apabila sudah dibenarkan pulang, baru sesi penjagaan luka saya bermula. Sebaik saja selesai mandi, saya akan keringkan tempat luka dengan kain bersih. Dan kemudian isikan air panas di dalam mangkuk. Celupkan tisu ke dalam mangkuk air panas tadi dan dap-dap di bahagian luka itu, dengan menekan sedikit pada bahagian itu. Tetapi jangan kuat sangat. Bersihkan sekali lalu, dan selepas itu gantikan dengan tisu yang baru. Saya gunakan air panas sahaja tanpa tambahan apa2. Sambil berbaring saya biarkan tempat luka terbuka tanpa kain dan terkena angin di bawah kipas seberapa lama yang boleh. Begitulah rutin saya 2x setiap hari selepas mandi pagi dan petang.
Tetapi apabila anak disahkan prolong jaundice, dan terpaksa ke klinik setiap hari (malah 3 hari ditahan di hospital duduk bawah lampu), dan apabila terpaksa keluar setiap hari ke klinik dan hospital, rutin harian untuk keringkan tempat ceaser tidak dapat dilakukan dengan baik. Hujung luka pada tempat ceaser masih belum tertutup dengan baik. Sedangkan di bahagian lain sudah cantik tertutup. Semasa hari ke 10 nurse yang datang ke rumah apabila tengok luka di bahagian hujung tidak bercantum lagi, dia cadangkan sapu dengan cecair yang digunakan untuk bersihkan pusat baby. Nurse yang melawat memang ada bagitau bahagian hujung ceaser memang lambat baik dan itu biasa malah ada sesetengah orang ada yang mengambil masa berbulan-bulan. Bila dengar begitu saya rasa sedikit lega. Sehinggalah hari ke-13, bahagian hujung tempat ceaser masih juga belum bercantum, saya sudah susah hati. Teringat akan pesanan nurse, saya gunakan cecair bersihkan pusat baby. Selama hampir seminggu selepas dap-dap dengan tisu yang dicelup air panas, saya dap pula dengan tisu cecair pembersih pusat baby pada tempat ceaser.
ubat cuci pusat baby yang diberikan semasa hendak discharge sebelum ini. |
Tetapi pada hari ke 20, apabila saya tekan dengan tisu yang dicelup
dengan air panas, bahagian hujung tempat ceaser sudah keluar cecair
kuning, saya sudah rasa nervous dan berdebar-debar sangat. Masa itu rasa seperti mahu hendak menangis. Tetapi sebab teringat adik ipar pernah melalui situasi ini dan doktor pakar yang merawat dia tetap sarankan dia bersihkan dengan air panas sambil tekan keluar tempat yang keluar air. Dan perlu buat setiap hari sehingga air daripada tempat luka itu tiada. Jadi saya masih meneruskan rutin bersihkan luka dengan kaedah yang sama, menggunakan air panas dan tambahan ubat sapu pusat baby itu seperti yang disarankan oleh nurse sebelum ini. Tetapi kerana husband sudah risaukan saya, dan melihat saya makin 'murung' apabila saya ceritakan yang saya sangat risau tempat ceaser sudah keluar air, kadang-kadang warna kuning dan kadang-kadang warna pink apabila ditekan dengan tisu. Dia terus ke farmasi, ceritakan tentang keadaan saya dan tanyakan ubat yang sesuai yang boleh cepat baikkan luka. Mereka suggest sapukan pada bahagian hujung itu dengan ubat sapu fusidin sebab kata mereka memang ada case yang begitu seperti saya.
Ada banyak brand fusidic acid cream, saya gunakan yang itu |
Saya agak ragu-ragu juga pada awalnya hendak mencuba tetapi apabila rasa' terdesak' untuk cepat sembuh., saya ikutkan saranan husband dengan harapan supaya serasi krim itu dengan saya. Selepas sapu dengan ubat fusidin, dalam tempoh 2 hari saya sudah nampak perubahannya..dan tempat luka ceaser sudah makin tertutup! Allah, saya bersyukur sangat. Saya gunakan kaedah yang sama iaitu bersihkan tempat luka dengan dap-dap tisu yang dicelup air panas pada tempat ceaser sambil menekan untuk keluarkan air dan selepas itu sapu sedikit bahagian hujung dengan krim fusidin itu, dan biarkan bahagian itu terbuka terkena angin. Saya lakukan hampir seminggu 2x sehari untuk pastikan bahagian hujung itu benar-benar tertutup. Alhamdulilah, dengan izin Allah. Saya bersyukur sangat keadaan semakin baik.
Selain itu, saya turut menjaga pemakanan saya untuk mempercepatkan luka ceaser cepat baik, kering dan tertutup. Di sini saya kongsikan serba sedikit yer untuk panduan bersama.
1- Makan makanan yang mengandungi protein seperti ikan segar (saya cuma makan ikan bakar setiap hari, bergantunglah ikut keserasian orang lain seperti kawan saya ambil ayam yang dibakar Alhamdulilah ok sahaja...)
2- Minum susu kambing segar dan instant jenama LAZZ SUSU KAMBING 2x sehari (bukan pengedar juga sebab senang boleh beli online...)
3- Makan buah oren 2x sehari (buah oren manis yer)
4- Saya ambil vitamin zinc, vitalea dan vitamin C dan minyak ikan setiap hari (saya beli jenama SHAKLEE dan saya bukan pengedar yer..hehe. Saya tidak amalkan sebarang jamu sebab anak saya prolong jaundice jadi vitamin ini sangat membantu untuk saya lebih berstamina plus saya perlu ke klinik setiap hari.
5- Minum air masak banyak (selain untuk banyakkan susu ibu malah air adalah sumber penting untuk cepat sembuhkan luka)
5- Minum air masak banyak (selain untuk banyakkan susu ibu malah air adalah sumber penting untuk cepat sembuhkan luka)
Terima kasih Allah untuk pengalaman berharga ini. Semoga ibu-ibu di luar sana yang bakal melalui situasi ini akan dipermudahkan segala urusannya baik sebelum mahupun selepasnya. Hanya doa kepadaNya Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya Allah jualah yang menentukan.
Comments
Post a Comment