Resepi lempeng sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah melalui tempoh PKP selama 2 minggu dan hari ini kita berada di hari pertama fasa kedua PKP. Dalam tempoh ini, apabila keluar mencari barang-barang, masih ada lagi yang keluar 'bercouple', yer suami isteri, adik-kakak, tetapi sangat mendukacitakan apabila masih yang tidak mematuhi PKP dengan sempurna. Sekiranya PKP ini masih berlanjutan, sesuatu yang sangat tidak baik sebenarnya terutamanya untuk sektor ekonomi negara. Harapnya dapat kita lalui fasa kedua ini dengan berjaya dan baik.

Oh ya...sepanjang tempoh PKP ini perkara yang susah nak jumpa roti GARDENIA. Sangat menyedihkan sebenarnya..hehehe buat kami sekeluarga yang setiap hari sarapan pagi dengan roti. Jadi sebagai alternatif saya membuat lempeng. Teringat umie yang suka menyediakan lempeng buat kami semasa kami kecil. Apabila berkhwin, MIL pula sediakan lempeng kelapa. Pertama kali saya makan lempeng kelapa yang sedap. Seingat saya antara menu yang saya mengidam semasa mengandung dahulu adalah lempeng kelapa...hehehe.




Dibawah ini saya kongsikan resepi lempeng yang mudah ini.

Bahan-bahan

500 ml air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu minyak masak
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
(saya tambah sesudu oat dan 4-5sudu air)

Cara menyediakan

1. Satukan semua bahan-bahan. Nak mudah blender je semua.
2. Lenserkan pan dengan mentega dan biarkan cair
3. Kemudian, ambil sesenduk adunan dan bentukkan bulat di atas pan tadi
4. Biarkan sekejap dan masak dan boleh balikkan ke permukaan sebelah.
5. Siap dan sedia untuk dihidang.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun