Kursus Pendek Penghasilan Donut di Kolej Komuniti Bagan Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bersama para peserta yang terlibat dengan kursus pendek penghasilan donut

Alhamdulilah, berakhir sudah kursus pendek penghasilan Donut pagi tadi yang bertempat di Makmal Persediaan Makanan, Kolej Komuniti Bagan Serai. Kursus pendek ini ini merupakan salah satu daripada 15 kursus yang dibuka kepada orang awam sempena Karnival Kursus Pendek Kolej Komuniti Bagan Serai pada tahun 2018 ini. Dengan bayaran ada yang serendah RM5, boleh belajar pelbagai jenis kursus yang dianjurkan seperti kursus ms office powerpoint, kursus teknik lukisan, kursus business online, kursus pengucapan awam dan pelbagai lagi.

Bagi kursus makanan pula, kami menawarkan kursus penghasilan donut, kursus penghasilan lolipop, kursus penghasilan cincau dan kursus penghasilan makanan sejuk beku. Bagi kursus penghasilan donut, saya diberi peluang untuk berkongsi ilmu. Untuk pengetahuan semua, donut merupakan salah satu makanan berasaskan konfeksionari yang disediakan daripada doh yang digoreng. Pelbagai bentuk donut boleh dihasilkan sama ada yang sangat dikenali dengan berbentuk bulat yang berlubang di tengah atau menghasilkan donut yang berbentuk bulat yang diinjek pelbagai jenis 'filling' seperti coklat, kastard, dan sebagainya. Donut juga akan menjadi lebih menarik dan sangat digemari kanak-kanak bila dihiaskan dengan pelbagai topping coklat, dan ditabur dengan kacang ataupun manik urai colat dan bewarna-warni.

Resepi penghasilan donut terdapat pelbagai jenis versi. Ada yang menggunakan kentang rebus yang dilecek, ditambahkan dengan pelembut roti ataupun shortening. Tetapi resepi asas penghasilan donut hanya memerlukan tepung gandum, yis, gula dan garam sahaja sudah boleh menghasilkan donut.
Di bawah ini saya turut kongsikan resepi yang yang telah sama-sama saya lakukan bersama kursus pendek pagi tadi. Sangat seronok bersama mereka, walaupun makcik-makcik ini ada yang 'otai' dalam pembuatan donut tetapi sangat merendah diri dan tidak sombong. Semangat mereka untuk menuntut ilmu sangat saya puji. 



1.
Tepung protein tinggi
: 500 g
2.
Yis segera
: 11 g
3.
Mentega
: 50 g
4.
Shortening
: 1 tbsp
5.
Gula pasir
: 2 tbsp
6.
Susu pekat/ susu tepung
: 2 tbsp
7.
Telur
: 1 biji
8.
Garam
: ½ tsp
9.
Air suam
: 200 ml














 Kebanyakan resepi donut menggunakan kaedah 'all in one method'. Campurkan kesemuanya dan kita akan uli dengan tangan ataupun menggunakan 'breadmaker'. Namun untuk resepi ini saya bahagikan kepada 3 bekas. Bekas yang pertama tepung protein tinggi yang telah diayak. Bekas ke dua adalah campuran mentega, shortening, gula, susu tepung, yis dan air suam yang dibiarkan sehingga 10 minit sehingga yis kembang. Dan bekas ketiga adalah telur dan garam. Setelah yis kembang, masukkan tepung dan telur. Tidak perlu habiskan tepung. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan dan bekas. Kemudian terus canai dan bentukkan dengan bentuk donut. Biarkan di dalam 10 minit, sehingga donut sedikit kembang dan ringan. Boleh sedia digoreng dengan minyak panas dan banyak.












Kursus pendek penghasilan donut ini memakan masa hampir 5 jam merangkumi waktu persiapan bahan, semasa dan selepas. Mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang sahaja. Dan donut yang mereka hasilkan adalah semuanya untuk mereka bahagikan di dalam kumpulan untuk di bawa pulang. Bagi kami yang penting adalah kepuasan setiap peserta yang datang. 




Terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan kursus pendek penghasilan donut di Kolej Komuniti Bagan Serai. Panjang umur kita bertemu lagi. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun