Resepi puding cream caramel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena 'potluck' sambutan hari raya kami di Kolej  bersama pelajar, setiap staff diminta untuk membawa hidangan makanan. Untuk jamuan raya ini, saya memilih untuk membuat puding cream caramel. Dah lama saya tidak membuat puding ini. Dulu masa di KK Arau, saya selalu membantu kak Asma membuat puding ini semasa 'shortcourse' kami di sana. Resepi ini daripada arwah ibu kak asma. Alhamdulilah, sangat sedap, bagi saya tiada bau telur dan sangat sedap. Ternyata saya membuat pilihan yang bijak...hahaha, bila dihidangkan sekejap sahaja loyang 10 inci terus licin. Tak sangka puding ini mendapat sambutan oleh anak-anak pelajar.



Resepi di bawah ini sesuai untuk loyang 8 inci. Untuk loyang 10 inci boleh 'doublekan' bahan.

Di sini bahan-bahannya:

1 tin susu cair
1 cwn susu segar
1  senduk gula pasir
5 biji telur
1 tsp tepung kastard
1 tsp tepung jagung
1 tsp esen vanila

Untuk dibuat karamel/gula halus: 1 senduk gula pasir 

Kaedah:

1. Masukkan gula pasir dan jadikan sebagai karamel dengan api yang perlahan tanpa dikacau. Boleh gunakan kuali ataupun pan. Jangan terlalu gelap atau hangus kerana akan menyebabkan rasa pahit.

2. Karamel yang telah siap dimasukkan ke dalam loyang. Kemudian, masukkan ke dalam blender bahan-bahan lain. Tepung kastard dan tepung jagung dilarutkan terlebih dahulu dengan susu. Blender sehingga putih berbuih.

3. Tuang bahan-bahan di dalam blender ke dalam loyanh yang mengandungi karamel.

4. Kukus dengan api yang sederhana selama 45 minit. Biarkan sejuk sebelum diterbalikkan untuk mengelakkan karemel terlekat di bahagian permukaan loyang.


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun