Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Pada minggu lepas berkesempatan untuk ke MAPS, Ipoh. Sebenarnya ini satu perancangan yang tidak dirancang. Husband terpaksa menyelesaikan urusan Lesennya di JPJ, Ipoh. Kebetulan pula sekarang musim cuti sekolah sudah bermula. Kami bercadang untuk membawa anak ke MAPS. Kami bergerak dari Bagan Serai pun sudah agak lambat dalam pukul 1.30 pm dan tiba di sana dalam pukul 3.00 pm. Tempat parking yang disediakan agak besar dan mencukupi untuk pengunjung yang datang. alhamdulilah walaupun kami tiba agak lambat dan pada masa cuti sekolah, kami tidak perlu mencari terlalu lama tempat parking kereta.

Tiket masuk ke MAPS adalah free entrance. Tetapi jika mahu bermain di dalam itu perlu bayar mengikut harga yang berbeza-beza mengikut tempat. Di dalam itu, sebarang pembayaran menggunakan kad top-up yang berisi duit. Jika ada lebihan duit, semasa exit entrance boleh tebus kembali baki duit. 

Secara keseluruhannya, tempat ini sangat menarik untuk dieksplorasi. Walaupun ditutup pada pukul 10.00 malam pada hari cuti, tetapi kerana hendak pulang awal ke Bagan Serai, kami berada di sana sehingga pukul 7.00 pm sahaja. Dengan masa yang sedikit suntuk dan pada petangnya hujan lebat jadi banyak membataskan untuk kami mencuba permainan outdoor yang menarik. Sementara hendak menunggu hujan reda, kami masuk ke dalam Boboiboy 4D show. Seronok dan puas hati sangat! Harapnya tempat ini akan dijaga dengan baik, terus berkembang dengan baik dan mengikut peredaran semasa supaya terus mendapat tempat di hati pengunjung yang datang. 





Ada orang yang terlebih excited

Jom pulang..hari pun dah gelap

UPDATE: MAPS secara rasminya ditutup pada 27/01/2020 kerana mengalami beberapa masalah. So sad kerana salah satu tarikan menarik ke Negeri Perak telah tiada.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun