Resepi kek marble gebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah, baru-baru ini memcuba resepi kek marble gebu. Sangat mudah membuatnya dan hasilnya tidak mengecewakan. Resepi ini saya perolehi daripada page masakan di fb.

Saya share resepinya di sini:

Mula-mula cairkan butter dalam 4 sudu besar (saya gunakan margerin pelangi sahaja)

2 cawan tepung kek (saya gunakan tepung gandum biasa yang ditambah dengan 1 tsp baking powder)
4 biji telur 
1 cawan gula caster
1 sudu besar ovelette
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar susu UHT
1 sk esen vanila
Pewarna kegemaran

Kaedah:

Mixkan semua bahan kecuali butter yang telah dicairkan.

Mula2 medium speed, dah sebati terus high speed

Sehingga kembang dan gebu.

Dah gebu masukkan butter yang telah dicairkan (butter tu telah sejuk)

Masukkan ke dalam loyang 8 inci.

Bakar pada suhu 150-160 c dalam 45 minit atau sehingga masak.






Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun