Resepi kek pandan mudah dan sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam, selepas pulang dari kerja, teringat nak membalas bekas tupperware kak ina yang bagi asam pedas masakannya buat kami. Jadi teringin nak makan kek pandan old skool. saya google resepi, ada banyak resepi dan kaedah. Ada yang masukkan santan, ada yang tidak. Ada yang menggunakan mixer dan ada yang menggunakan blender. Untuk percubaan kali pertama ini saya gunakan resepi yang menggunakan blender sahaja sebab nak cepat dan mudah siap...hehehe, Maklumkan esoknya masih hari bekerja lagi.

Walaupun kaedah penyediaannya sangat mudah tapi hasil yang diperolehi sangat tidak mengecewakan. Semerbak bau wangi, dah keluar oven tak sabar nak tunggu sejuk, terus potong panas-panas. Wallahhhhh...rasanya memang sedap. Kemudian budak-budak tu makan berkeping-keping. Ingatkan diorang tak suka dengan kek pandan ni, padahal baru lepas makan nasi, tak sangka loyang pun dah nak tinggal separuh. 

Walaupun panas, tetap potong juga hihi

Bahan-bahan

Bahan A

3-4 helai daun pandan
3/4 cawan air (saya gantikan dengan susu UHT)

Blend bersama dan tapis. Dapatkan air pandan

Bahan B

2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder

Diayak bersama

Bahan C

3 biji telur
1 1/2 cawan gula caster
1 cawan minyak
sedikit pewarna hijau
(saya tambah sedikit esen pandan)

Blendkan semua Bahan C bersama dengan air perahan daun pandan tadi. Selepas sebati masukkan ke dalam bekas besar. Masukkan tepung dan kaup balik sahaja. Gliskan loyang 8 inci dan dialas parchment paper, tuangkan adunan kek itu tadi.

Bakar pada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.



Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun