Resepi kek apam coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat berhujung minggu semua. Semoga hujung minggu ini terisisi dengan segala kebaikan dan aktiviti yang mengembirakan di sisi insan-insan tersayang.

Alhamdulilah, nak share resepi kek apam coklat yang baru buat semalam. Resepi ini saya ambil daripada group masakan dan terus mencubanya semalam. Di bawah ini saya kongsikan resepinya yer:



Banyak jugak dapatlebih kurang 50 pieces.

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 cawan air suam
1 cawan minyak masak
1 tsp Esen vanila

Bahan ayak:
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Mixerkan semua dalam 4-5 minit
Sapukan minyak pada bekas lompang dan letakkan adunan dalam bekas
Panaskan periuk kukus selama 15 minit.

Saya isi 3/4 tetapi bila dah masak dia naik sehingga terkeluar bekas. Next time nak isi separuh bekas sahaja untuk dapatkan hasil apam yang comel2.

Saya letak coklat 'ganache' atas apam saya dan taburkan manik urai warna-warni dan coklat rice.

Resepi coklat ganache saya:
100 gram milk coklat beryls
50 gram susu UHT
1 tsp margerin

Campurkan  semua, dan double boiler sehingga larut semua. Ketepikan daripada dapur.
Dah siap biar dalam 3-4 minit untuk dapat hasil yang lebih pekat sebelum di sapu di atas apam.

Alhamdulilah berjaya;-)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun