Kek Puding Karamel Pelangi untuk umie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 11 September yang lepas, my umiesayang, adik perempuan dan adik lelaki datang ke rumah di Bagan Serai. Kebetulan adik lelaki mengambil cuti yang panjang, jadi peluang dan masa yang ada di gunakan untuk bawa umi singgah sekejap ke Bagan Serai dan seterusnya ke Kajang melihat ayah mertua saya. Jadi, saya bercadang untuk membuat kek puding karamel pelangi untuk umie. walaupun bukan hari jadinya tetapi dengan harapan dapat mengembirakan hatinya. Bukan mudah untuk umi datang menziarahi kami di sini. Bukan dekat, dan perjalanan yang mengambil masa berjam-jam bagi usia emasnya demi untuk berjumpa anak dan cucu-cucunya buat saya rasa tersangat sebak. Saya hanya mampu menangis di dalam hati mengenangkan keletihan dan susah payahnya itu.Tq to my bro and little sis yang tolong bawakan umie untuk kami. 








Seperti biasa pembantu kecil saya, Iman dan Khaira membantu sama untuk saya menyiapkan kek ini. Kami buat pada malam sebelumya. Seperti biasa saya gunakan resepi daripada blog Azlita Aziz. Alhamdulilah, percubaan pertama ini sangat tidak mengecewakan. Sebenarnya kek ini sudah lama ingin saya cuba dan akhirnya setelah bertahun-tahun dapat juga saya mencubanya.

Bahan-bahan dan kaedah penyediaanya:

A) Gula hangus

 2 sudu besar gula pasir.

Sediakan loyang 8 inci.
Taburkan gula di dalam loyang. Panaskan di atas api. Biarkan gula hancur dan rata-ratakan gula dengan menyengetkan loyang kiri kanan. biarkan gula sejuk.

B) Bahan Karamel

1/2 tin susu cair
70 g gula caster
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua-dua bahan bahan dan kacau rata perlahan.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus.
Ketepikan dulu. (Adunan ini tidak perlu dibakar lagi, kita akan bakar bersama adunan kek)

C)  Adunan kek bahan 1

70 g gula caster
3 biji telur kuning
135 ml air
45 ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar warna putih.
Kemudian masukkan gula caster dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


D) Adunan kek bahan 2

140 g tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik. Ketepikan.

E) Merinque

6 biji putih telur- jangan bercampur dengan kuning telur dan air
70 g gula caster
1 tsp krin of tar2

Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula caster dan krim of tartar dan terus tukatkan kepada speed tinggi sehingga adunan kental dan kaku. Masukkan 1/3 merinque ke dalam adunan tepung  tadi. Gaul rata secara kaup balik.
Kemudian masukkan baki merinque dan ratakan dengan kaedah kaup balik sehingga bergaul sempurna. Kemudian bahagikan adunan kek ini kepada beberapa warna dan belang-belangkan adunan ke atas lapisan karamel tadi.
Tuangkan 3 sudu setiap warna, 2 sudu setiap warna dan diakhiri dengan 1 sudu setiap warna dan kemudian lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven pada suhu 170 c. Bila dah masukkan kek ke dalam oven ubah suhu kepada 160 c. Gunakan api bawah sahaja. Bakar secara steam bath.

KAEDAH STEAM BATH

Tuangkan air panas ke dalam loyang yang lebih besar. Letakkan loyang yang berisi ke dalam loyang yang berisi air panas. Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek betul-betul masak. Selepas bakar, biarkan kek dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Terbalikkan kek ke dalam pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong kek bila ia betul-betul sudah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Baru siap terbalikkan, khaira tak sabar2 nak makan...siap mama terpaksa pujuk spaya dia bersabar tunggu esok tok umie datang..hihihi
Dah siap susun-susun strawberi, nampak macam tak cantik plak tak de tulisan. Kemudian google nak buat tulisan dia plak.

Bahan-bahan untuk tulisan

1 cawan margerin pelangi
2 sudu besar gula icing
pewarna pilihan (lebih baik serbuk daripada lagi lawa)
1 sb krimwell (kalau nak buat bentuk, kalau tak tak perlu masukkan pun)

Mix semua sekali dalam 15 minit hugh speed.

Masukkan piping beg, dan biarkan sekejap dalam 5 minit dalam peti dan baru tulis. 






I've forgotten when the last time i celebrated her birthday together. Although today is not her birthday but i wish i can make her happy.
Since abah died 16 years ago,  i will never forget your struggle to raise us.
Although you still treats me as little child, sometime we had arguments but i'm understand you want the best for me.
And becoz of u, i am what i am today. Thank you umi.
#tokumiesayang

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun