Kek moist coklat puding karamel dan kek coklat kukus sempena hari lahir kak zu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Dah lama sebenarnya teringin nak buat kek puding karamel coklat ini. Akhirnya dapat juga buat bila anak-anak pelajar request nak buat kek nak sambut hari lahir Pn.Zunairah. Kami buat 2 jenis kek. Satu kek coklat kukus dan satu kek coklat puding karamel ini. Macam biasa la kek ni resepi daripada Azlina Ina saya ambil di facebook beliau. Di bawah ini saya kongsikan resepinya.

Resepi kek moist coklat puding karamel

Gumakan loyang 9 inci.
Bahan2 puding karamel
Karamel die 1/2 cawan gule pasir.. perang kan atas api perlahan. (Boleh lebihkan sedikit gula supaya karamel yang dihasilkan dapat diratakan dengan mudah pada keseluruhan loyang.
Selain itu, boleh letak loyang atas dapur dan memudah kan anda rata kan karamel..


Puding die
1tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1sk esen vanila atau creamy vanila
4 kuning telur dan 1 bijik telur penuh semua 5 bijik

Campur susu cair,susu pekat dan telur tu baru whisk sehingga berbuih. Dan tuangkan ke atas karamel tadi. Kukus sehingga 25 minit. 

Cakar2 sket permukaan dan tepi puding sisip dgn pisau untuk keluarkan tepi dia jadi cantik.

Sediakan kek coklat pula:

4 bijik telur ayam gred b ke A ke boleh
1 cawan gule pasir halus
Mix smpai gebu
Sementara tu ayak 1 1/2 cawan tepung gandum tambah dgn
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
Sedikit garam halus
1cawan serbuk koko
Ok bebalik pd adunan mix td masukkn pula
Esen vanila sket
1/2 cawan susu pekat
1cawan minyak masak
Matikan mixer..masukkn campuran tepung td kacau gune senduk je
Masukkn 1/2 cawan susu kotak coklat kacau dan masukkn 1/2 cawan air panas
Kacau gak
 
Tuangkan ke atas puding tadi yang telah dikacau. 

Ok gunting plastik yg korg dapat free tu letak atas kek panaskan kukusan kukus 35 mnt dan bukak plastik sambung kukus lg 20 mnt atau cucuk kek smpai masak
 
Masak dah ok terus sisip tepi2 kek dan biar suam dan boleh diterbalikkan di atas kadbod 9'.

Inilah hasilnya...takde picture yang dah dipotong, dah makan tak ingat dunia hehehe


 Ini resepi untuk kek coklat kukus pula ye


Resepi kek coklat kukus

Ini resepi daripada anak-anak pelajar saya. Saya simpan di sini, insyaAllah ada berkesempatan boleh saya buat lagi.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko*
1 cawan gula halus*
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat*
1 cawan air panas*
3 biji telur

1. Masak semua bahan yang bertanda dengan api kecil
2. Pukul telur sehingga gebu
3. Masukkan campuran koko
4.Masukkan tepung, soda dan baking powder. Gaul sebati.
5. Kukus dalam 40 minit

Topping:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn serbuk koko
1 sudu besar minyak
Masak secara double boiler

Jika terlalu pekat boleh masukkan susu UHT untuk dapatkan tekstur topping yang diingini.


Akhirnya kita jemput orang yang diraikan, Pn. Zu ;-)


Selamat hari lahir Kak Zu. Semoga kehidupan akak sentiasa diberkati dan beroleh kebahagian yang hakiki. Semoga sentiasa terus kuat, sabar dan tabah menghadapi liku-liku kehidupan. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dalam jagaanNya setiap waktu. Terima kasih kerana ada disamping ini bukan sahaja menjadi ketua yang sangat memahami tetapi teman bicara saat gembira dan sedih. Semoga semangat luar biasa dalam diri akk akan turut sama meresap di dalam diri saya.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun