Kek Alunan Kasih


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 





Kek alunan kasih. Pakai margerin pelangi ttp rasa dah sedap sangat. Next time boleh cuba guna premium butter pula.


Resepi kek alunan kasih
Sumber:goggle

Mentega 250g
Gula caster 1 1/2 cawan 

5 biji telur gred A
Susu cair 1/2 cawan
Perisa vanila 1 tsp
Tepung gandum 2 1/2 cawan
Baking powder 1 tsp
Pewarna pilihan (saya guna biru, merah dan kuning)
Perisa pilihan (tak letak)
Serbuk koko



Kaedah:
1-Sediakan loyang 8x8x3. Glis dan letak baking paper.
2-Pukul gula dan mentega sehingga berkrim dan putih.
3-Pecahkan telur satu persatu dan pukul dgn kelajuan perlahan
4-Masukkan susu cair dan perisa vanila. Pukul sehingga sebati.
5-Masukkan tepung dan baking soda.( saya kaup balik)
6-Bahagikan kpd 3 bahagian warna dan perisa
7- selepas lapisan pertama dan kedua ayakkan serbuk koko .
8-Bakar pd suhu 170 c sehingga 45min (bergantung pd oven masing2)
Selamat Mencuba (*_~)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun