Rawatan alternatif sonotron bagi batuk berkahak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Rawatan Terapi Sonotron ini adalah kaedah alternatif yang mana  menggunakan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah dan ia dikendalikan secara luaran oleh juruterapi. Rawatan alternatif sonotron bukanlah sesuatu yang baru buat kami. Kami telah menggunakannya sejak Khaira Khadijah lagi, 3 tahun yang lalu. Masa itu khaira sering diserang lelah, boleh dikatakan hampir setiap bulan semasa umur dia setahun setengah. Setiap kali itulah kami terpaksa berulang ke klinik untuk ambik neb. Jadi sebagai ikhtiar kami gunakan sonotron ini untuk khaira. Pertama kali mencuba bukanlah terus sembuh dan seingat saya berkali2...dan sehingga kini khaira tidak lagi perlu ambil neb. Alhamdulilah.

Sebenarnya saya sudah lupa tentang rawatan sonotron ini sehinggalah seawal usia hampir 2 bulan Nuha Nazihah dijangkiti batuk berkahak. Allah...risaunya saya Tuhan sahaja yang tahu. Sebelum ini tiada pengalaman menguruskan anak seawal ini sakit. Sudah hampir 3 minggu batuk berkahaknya tidak reda...walaupun tidak kerap tetapi setiap kali dia batuk hati saya sungguh risau. Kebetulan kami akan ke Bangi, untuk menghantar ibu dan adik-adik yang akan mengerjakan umrah, teringat tentang rawatan sonotron yang pernah kami cuba semasa kami berada di sana dulu. Terus kami telefon dan buat temujanji.


Adalah lebih baik untuk set temujanji terlebih dahulu sebelum datang

Kami bergerak awal pagi dari Bagan Serai, sebaik sahaja tiba di Bangi terus kami menuju ke Pusat Rawatan Sonotron Tawakal yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Sonotron ini sebagai rawatan alternatif untuk mencairkan kahak, dan menurut terapinya seawal 3 jam pesakit boleh rasa kesannya atau paling lewat selama 3 hari. Sempat tanya pada juruterapi itu, ada ke baby lagi kecil daripada Nuha yang pernah buat treatment di sini, dia cakap baby yang umur 2 minggu pun pernah datang sebab masalah yang sama seperti ini. Lendir kahak dikeluarkan melalui najis dan muntah. Memang benar, setelah 2 hari Nuha berak dengan banyak sekali seperti berlendir. Batuknya masih ada lagi tidak pun hilang. Jadi kami bercadang untuk mengulanginya sesi rawatan ini.

Juruterapi sedang merawat Nuha. Nuha tak nangis pun
Iman dan Khaira yang sedang menunggu di ruangan menunggu yang selesa

Ruangan info berkenaan terapi sonotron yang boleh di baca

Belum sempat sesi ke-3, Nuha dah terpaksa ward in di Wad Pedeatrik Hospital Kajang. Paru-parunya sudah dijangkiti kuman. Pada masa itu demam nuha sudah mencecah 39 c, tanpa lengah terus kami bawa ke Emergency Hospital Kajang. Based on her x-ray, doc cakap paru-paru2 dia sedikit tak cantik, ada tompok putih..early pneumonia tapi tidak serius. Alhamdulilah lega sikit dengar...dan berkampunglah kami selama seminggu di wad untuk Nuha habiskan antibiotiknya.

Bagi pendapat saya, sonotron memang salah satu alternatif yang boleh dicuba oleh parents. But, kami sudah terlambat kerana batuk berkahak Nuha sudah hampir sebulan. Plus masa itu pula musim ramai demam dan batuk orang-orang dikelilingnya. Antibodinya pun semakin merosot sebab itu Nuha mudah dijangkiti deman dan kuman di paru-paru. Bila sudah sampai ke tahap itu, memang antibiotik la penyelesaiannya.

Sebaik sahaja Nuha discharge wad, sebelum pulang ke Bagan Serai, kami habiskan sesi rawatan yang ketiga buat Nuha dengan harapan Nuha diberi kesembuhan yang sempurna.

Comments

  1. assalamualaikum puan , maaf tanya anak lepas dischage tu g buat terapi sonotron lagi kan .... macam mana keadaan lepas buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf puan saya baru reply.
      Sebab kami jauh..kami tidak continue lagi sonotron di Bangi. Dekat area kawasan rumah kami pun tiada perkhidmatan terapi sonotron ini. Masa tu baby Nuha mmg sangat sensitif..kalau kakak2 dia batuk pun mudah dijangkiti..jadi kami bawa refer pakar berhampiran dengan kami. Alhamdulilah makin baik.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun