Langkah demi langkah kerabu mangga kak ina
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
![]() |
Kerabu mangga air tangan kak ina |
Sekarang ini di sini musim mangga, banyak betul mangga yang mudah diperolehi di sini. Kalau nak mencicah sahaja, masih banyak. Kak ina cadangkan untuk buat kerabu mangga. Resepi ini daripada kak ina, barang-barang penyediaan di bawa daripada rumah oleh kak ina. Saya simpakan di sini untuk rujukan sendiri jika diizinkan Allah boleh buat kemudian hari.
![]() |
Kat ofis...buat macam ni jer..tapi kasar sikit laaa. Dalam 2 biji |
![]() |
Dah siap hiris buat mangga tu, campurkan bahan-bahan yang diperlukan. |
1) Kacang tanah yang telah digoreng, di tumbuk kasar
2) Ikan bilis yang telah digoreng sebelum itu untuk dicampurkan dengan cili besar, cili padi. Ditumbuk semuanya.
3)Bawang yang telah dihiris
4) Garam
5) Gula
![]() |
Gaul sebati semuanya |
![]() |
Makan begitu sahaja pun sedap..nak lagi umppp makan dengan nasi la |
Comments
Post a Comment