Resepi carrot kek / kek lobak yang tersangat sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kebetulan sebelum pulang ke kampung, umi request nak makan kek carrot. Kebetulan my MIL pun ada sebut minta tolong buatkan kek carrot. Jadi saya try buat menggunakan resepi ini. Rasanya sudah lebih enam tahun saya tidak try resepi ini. Resepi ini saya perolehi daripada ofismate semasa di Kolej Komunti Arau. Dan saya yakins esiapa yang sangat menggemarkan rasa kek carrot yang lembut moist dan la 'secret recipe' takkan kecewa dengan resepi ni.
![]() |
Dah makan baru teringat nak ambil pic..hehe |
Bahan-Bahan:
100 g walnut/pecan/almond (bakar terlebih dahulu)
340 g lobak yang telah diparut
280 g tepung gandum
1 tsp baking soda
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp serbuk kayu manis
4 biji telur
300 g gula caster
240 ml minyak masak
2 tsp vanila
Kaedah penyediaan:
1. Panaskan oven 180 darjah celcius
2. Campurkan dan gaul sebati, tepung gandum, baling soda, baking powder dan serbuk kayu manis.
Ketepikan.
3. Pukul telur sehingga berbuih (1 min). Kemudian tambahkan gula dan dan pukul sehingga adunan
menjadi berkrim dan putih (3-4 min)
4. Masukkan minyak dan vanila. Pukul dengan menggunakan kelajuan medium.
5. Masukkan tepung. kaup balik sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan carrot yang telah diparut dan kacang. Kaup balik sehingga sebati.
7.Tuang ke dalam loyang 9 inci yang telah di glis.
8. Bakar selama 40 min sehingga masak.
Saya buat tanpa topping kerana umi dan mak tidak sukakan topping. Di bawah ini saya kongsikan juga resepi Cream Cheese Frosting:
57 g unsalted butter
227 g cream cheese
217 icing sugar
1 tsp vanila extract
1 biji grated lemon zest
Kaedah penyediaan:
1. Pukul cream cheese dan butter dgn kelajuan medium..
2. Secara sedikit demi sedikit masukkan icing sugar dan pukul dengan perlahan sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan vanila extract dan lemon zest.
Sedapnya. Boleh cuba ni 🤩👍
ReplyDelete