Mandi-manda di Dataran Gemilang, Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada pagi 5/5/18, sebelum kami pulang ke Bagan Serai pada petangnya saya sempat meluangkan masa bersama  keluarga mertua untuk berekreasi bersama-sama. Apa lagi...bukan main seronok la Iman. Khaira macam biasa la pilih untuk berkepit dengan mamanya ini. Jadi nak tak nak, memang la saya kena ikut mengenangkan khaira yang masih nak berteman, walupun iman dan aleesya ada. 



Dataran Gemilang di Putrajaya bukanlah tempat yang asing buat kami. Malah sebelum kami berpindah ke Bagan Serai, memang sudah beberapa kali membawa Iman ke situ. Seronok melihat mereka gembira dapat mandi-manda bersama. Lebih seronok sebab ditemani nenek dan opah, ada juga bersama. Kebetulan semasa kami datang, turut diadakan aktiviti jualan di tempat yang berhampiran. disamping menghirup udara segar dan angin sepoi-sepoi bahasa. Di sini merupakan salah satu aktiviti riada yang sihat juga buat anak-anak dan keluarga. 









Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak