Puding roti agar-agar

Assalamualaikum dan Salam ramadan

Pada hari ini saya sempat menyiapkan puding roti agar-agar sempena dengan majlis berbuka puasa anjuran Kolej Komuniti Bagan serai bersama staff dan para pelajar. Disebabkan bahan-bahan sudah ada dan sudah lama merancang hendak buat puding roti agar-agar ini, jadi saya ambil kesempatan ini untuk turut sama berkongsikan juadah berbuka puasa yang tidak seberapa ini. Kebetulan di rumah ada roti fiber gardenia, jadi saya hanya menggunakan roti ini sahaja. Resepi asal menggunakan roti putih. Sangat mudah menyediakannya dan rasanya juga sedap.

Saya buat 2 lapisan, lapisan bawah warna putih susu yang asal dan lapisan atas adalah campuran 4 jenis warna. Saya tuangkan secara serentak 4 jenis warna secara bertindih, kemudian saya biarkan sedikit mengeras dan cakarkan dengan garfu. Kemudian baru saya tuangkan warna putih susu untuk membentuk lapisan kedua.



1 peket agar-agar (37.5 gram)
1 1/2 cawan gula pasir
6 cawan air

(B)
2 biji telur
1 tin susu cair
3 s/b susu pekat manis
4 keping roti
1 s/t vanilla
Pewarna pink,hijau, biru & kuning



-Masak bahan (A) hingga mendidih.
-Masak agar2 hingga mendidih,kemudian masukkan gula.
-Kisar bahan (B) kecuali pewarna.
-Tuang kedalam agar2 yg mendidih tadi.kacau sebati
-Angkat dan bahagi kpd 5 bahagian, 4 bahagian bewarna dan 1 bahagian warna asal putih susu.
-Tuang berselang kedalam loyang
Sejukkan di dalam peti sejuk dan selepas itu boleh dipotong


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun