Kek pandan gebu dan moist untuk Dr. Umi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Beberapa hari lepas, pulang ke Kajang sambil menguruskan urusan penghantaran dokumen MQA di Mercu MQA, Cyberjaya. Jadi terus sambung cuti menziarah abah dan mak di Kajang. Dapatlah Iman dan Khaira jumpa tok abah, nenek dan sepupu-sepupu mereka di sana.

Teringat hendak buatkan kek untuk Dr. Umi, my husband ex--bos di UPM. Jadi selepas selesaikan urusan di MQA, petang itu bersama mak dan maklang pergi ke kebun abah di area Jalan 4, Bangi sebab nak ambik beberapa helai daun pandan. Mak pun request nak rasa kek pandan juga. Kebun abah agak curam ke bawah  sedikit, di samping sekarang hujan pada sebelah petang setiap hari dan air agak bertakung di bawah. Jadi saya duduk di dalam kereta sahaja sambil menunggu mak dan mak lang mengambil daun pandan. Mereka juga nak tengok kebun abah seteleh beberapa bulan tidak datang. 

Sejak abah jatuh sakit, memang kebun itu sudah tiada siapa yang uruskan. Mak dan Mak lang memang sibuk hampir 2 bulan berulang alik ke HKL menjaga abah. Setelah hampir sejam menunggu, terkejut melihat penuh tangan mak dan maklang membawa beberapa plastik penuh dengan pisang, ulam-ulaman dan petai. Mak lang bukan main gembira menjijit petai yang penuh di tangan. Memang menjadi 'air tangan' abah. Baru beberapa hari lepas diorang menyebut sejak abah sakit xdelah kita semua nak merasa petai di kebun abah lagi. Dulu pisang pun tak perlu beli, stok pisang sentiasa ada di rumah sebab rezeki pisang yang tumbuh di kebun sentiasa ada.




Hasil daripada kebun tok abah, walaupun sudah berbulan2 sudah tok abah tak turun kebun. Plus hasil pisang bertandan2, ulam2 yang diambil pagi itu...itu pun masih ada lagi banyak berbaki di pokok. Besarnya pahala orang yang berbakti kepada tanah...tak makan dek manusia puluhan makhluk Allah burung, tupai, serangga sedang menanti. Semoga 'mereka' terus mendoakan tok abah kembali sihat dan kuat seperti sediakala.

Setelah dapat daun pandan, hari pun dah lewat. Jadi petang esoknya baru berkesempatan untuk 'baking'. Berbalik kepada resepi kek pandan. Kali ini saya cuba tambahkan ovalett di dalam bahan adunan untuk jadikan dia lebih gebu dan gantikan dengan santan supaya rasa lemak. Walaupun dah beberapa hari kek pandan iti masih lagi moist dan gebu. Sesiapa penggemar kek 'old skool' boleh la cuba resepi yang mudah di bawah ini. Di bawah ini saya kongsikan resepinya ye dengan hanya menggunakan sukatan cawan metrik dan blender sahaja:  

Bahan-bahan

Bahan A

 2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat

Diayak bersama

Bahan B

1/4 cawan santan KARA
2/4 cawan pati daun pandan (2-3 helai daun pandan yang diblender dengan air dan diperah untuk dapatkan pati)

Bahan C

3 biji telur
1 1/2 cawan gula caster
1 cawan minyak
1 tbsp ovalett
sedikit pewarna hijau

Blendkan semua Bahan B dan C (Saya guna blender sahaja). Selepas sebati masukkan ke dalam bekas besar. Masukkan Bahan A dan kaup balik sahaja sehingga adunan sebati. Gliskan loyang 8 inci dan dialas parchment paper, tuangkan adunan kek itu tadi.

Bakar pada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun