Resepi Laksam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Beberapa minggu lepas, sempat membuat projek laksam dengan iman dan khaira. Sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan laksam ini, kalau ke pasar pagi mesti akan terpandang laksam yang dibungkus tetapi akan berlalu begitu sahaja. Jadi, kebetulan masa yang ada saya cuba membuat laksam menggunakan NOXXA pressure cooker untuk menghasilkan kuahnya. Tidaklah terlalu susah membuat laksam, cuma memerlukan sedikit kesabaran mengukus.
![]() |
Sambal x sempat nak siapkan hehehe....;-) |
LAKSAM
Untuk mengukus laksam, saya menggunakan resepi daripada blog Azie Kitchen. Alhamdulilah menjadi, kukus lebih kurang 7 minit. Saya gunakan tudung periuk dan loyang 7 inci.
Bahan-bahan:
3 cwan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan tuang di dalam bekas.
2. Sapukan minyak pada loyang atau bekas setiap kali mengukus.
3. Kukus 5-7 minit sehingga adunan mengelembung.
4. Sisipkan dengan menggunakan spatula atau pisau dan gulung perlahan-lahan.
5. Ulang mengukus sehingga habis.
6. Satu adunan boleh mendapat dalam 8-10 gulungan bergantung kepada ketebalan bekas yang digunakan.
KUAH LAKSAM
Bahan-bahan:
1/2 kilo ikan selayang atau sardin
1 cawan air
1 sudu teh garam
10 keping asam garam
Masukkan ke dalam innerport NOXXA. Setkan HP60. Setelah siap, blender semua ikan bersama tulang beserta dengan bahan-bahan berikut:
8 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam (bergantung kepada masing-masing)
Setelah hancur semua bahan. Masukkan ke dalam innerport dan on kan function 'stir fry'. Masukkan bahan-bahan lain:
500 ml air
1 kotak santan 200ml
garam
gula
SAMBAL
1 sb gula
1 st garam
Belacan
Blend semuanya
SELAMAT MENCUBA(<_")
Comments
Post a Comment