Salam ramadan kareem (2) 1438h

Rasa seperti sangat tidak percaya bila mak whats up beritau yang mak, abah, dan kak ngah nak datang Bagan Serai sebab nak berpuka puasa bersama-sama. Allah..baiknya Allah, sangat cepat mengabulkan permohonan dan permintaan hambaNya. Engkau sangat memahami saat terasa sangat letih, lemah dan tiada upaya, Engkau hantarkan orang-orang yang aku sayangi untuk bersama-samaku dan anak-anakku. Rasa gembira sangat sebab aleesya dan akid pun datang sama. Rasa gembira sebab iman akan ada teman bermain dan kawan untuk berseronok.

Mama kesian dengan iman, tetapi mama tiada upaya untuk melakukan sesuatu. Mama tahu iman sunyi, iman sepi...sebab mama terpaksa melayan tantrum adik khaira yang sangat menguji keimanan mama. Mama kesian dekat iman sebab iman sudah terpaksa belajar untuk 'berkorban' dan mengalah dalam banyak perkara dengan khaira. Setiap hari mama rasa bersalah dan mama cuma mengharapkan keajaiban daripada Allah untuk membantu mama.

Dan pada jumaat 9/6/17 bila mak, abah, dan kak ngah datang ke sini rasa seperti Allah memberi satu cahaya. Terima kasih buat mak, abah, dan kak ngah yang sanggup datang meredah beratus-ratus kilometer untuk kami di sini. Tiada wang atau harta untuk dibalas melainkan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Saya hargai kak ngah yang yang sanggup datang meredah perjalanan yang jauh dengan membawa anak kecil yang hanya baru berusia 4 bulan. Bukan sesuatu yang mudah, hanya Allah sahaja boleh membalasnya.

Terus saya berdosa, sepantas kilat Allah tunjukkan kekuasaanya. Baru posting yang sebelumnya saya tulis pasti keajaiban seperti itu tidak lagi akan berlaku. Semoga Allah ampuni saya. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat-nikmatNya.

Kun Fayakun. Ertinya, Jadilah, maka jadilah ia. 





Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun