Demostrasi sandwich terpanjang sempena sambutan bulan pemakanan negeri Perak oleh Pelajar SPK Kolej Komuniti Bagan Serai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semalam kami pelajar-pelajar SPK 2 turut bersama-sama memeriakan Majlis Sambutan Bulan Pemakanan Negeri Perak yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Serai. Para pelajar diminta untuk membuat demonstrasi sandwich terpanjang. Kami menyediakan 2 jenis sandwich iaitu sandwich telur dan sandwich sardin. Pukul 8.00 pagi kami telah berada di tempat yang disediakan untuk menyediakan dan menyusun sandwich yang telah dihasilkan.
![]() |
Bergambar bersama-sama setelah berjaya menyiapkan menyusun sandwich |
![]() |
Semasa proses berlangsung |
![]() |
Bawah dan atas meja di alas dengan plastik wrap untuk mengelakkan sebarang yang tidak diingini |
![]() |
Jumlah kalori bagi kedua-dua jenis sandwich yang disediakan |
![]() |
Sesi mengagihkan sandwich kepada orang awam yang datang |
![]() |
Ramai yang datang ke booth kami untuk mendapatkan sandwich yang telah disediakan |
Di sini saya kongsikan penyediaan sandwich telur dan sardin yang kami buat. Boleh rujuk resepi di bawah tetapi ini di dalam kuantiti yang banyak.
Inti Sardin:
12 tin sardin Ayam Brand (425 g)
1 kg bawang holland (dihiris nipis)
500 g cili besar merah (dihiris nipis)
Cili kisar (ikut kepedasan)
Secukup rasa garam
Sedikit air asam jawa
Cara membuatnya:
1. Keluarkan sardin dan masukkan di dalam bekas. Hancurkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland sehingga layu dan berbau harum.
3. Masukan cili kisar mengikut kepedasan. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan perahan air asam jawa.
5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan. Perlahan api untuk mengeringkan kuah sardin.
6. Setelah kuah agak kering, masukkan cili besar yang telah dihiris.
7. Boleh dihidang bersama roti yang telah disapu mentega, salad, tomato dan timun.
Inti Telur:
150 biji telur (direbus dan dihancurkan separuh)
1 kg mayonis
secukup rasa lada sulah
garam
Cara membuatnya:
1. Rebus telur dan kupas serta hancurkan satu demi satu dan untuk memudahkan telur hancur.
2. Masukkan mayonis, garam dan lada sulah secukupnya.
3. Boleh dihidang bersama roti yang telah disapu mentega, salad, tomato dan timun.
Comments
Post a Comment