Resepi cucur manis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dah lama tak makan cucur manis. Pagi tadi teringin sangat nak makan. Jadi sepantas kilat terus buat. Mudah sangat resepinya. Syaratnya kena guna air yang betul-betul mendidih.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih
3 sudu besar gula.
Gaulkan tepung dan gula. Kemudian masukkan kesemua air panas mendidih dan terus kacau. Bulat-bulatkan dan goreng di dalam minyak panas.
![]() |
Sebelum digoreng |
![]() |
Selepas...sampai petang pun still lagi rangup di luar tetapi lembut di dalam |
Comments
Post a Comment