Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa khabar semua? Hari ini pertama kali mencuba respi Hokkaido Chiffon cupcakes.Banyak sebenarnya versi cupcakes ini, tetapi untuk pertama kali ini saya mencuba resepi daripada blog https://norazlitaaziz.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html
Untuk cupcakessaya gunakan resepi di bawah ini daripada blog Norazlita:
Bahan-bahan
4 kuning telur
30 g gula caster
1 tsp esen vanila
40 g susu UHT
40 g minyak
55 g tepung kek (saya gunakan tepung rose)
20 g tepung kastard
1 tsp baling powder
Meringue:
4 putih telur
1/4 tsp garam
80 g gula caster
Kaedah:
1- Pukul kuning telur dan gula caster sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanila, susu dan minyak. (saya gunakan hand whisk sahaja)
2- Kemudian kaup balik campuran tepung, tepung kastard dan baking powder. Ketepikan.
3- Sediakan meringue. Pukul putih telur dan garam sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula caster dan pukul high speed (saya gunakan hand mixer) sehingga soft peak.
4-Kemudian masukkan meringue ke dalam adunan tepung. Masukkan 1/3 meringue.Kaup balik sehingga sebati. Ulang dalam 2x sehingga meringue habis.
5. Masukkan ke dalam cawan cup cakes dalam dalam 3/4 penuh. Kemudian hentakkan ke atas meja untuk buang buih udara.
6. Bakar pada suhu 180 selama 30 min. Biarkan sejuk. Kemudian paipkan kastard di dalamnya. Untuk penyediaan kastard saya gunakan resepi ini:
CUSTARD FILLING
200 ml susu segar
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula caster
1 biji telur
1 sudu besar mentega
Penyediaan krim kastard:
Panaskan susu segar sehingga berbuih-buih kecil. Dan masukkan semua bahan-bahan lain.
Sentiasa kacau dengan api sederhana sehingga kental dan tidak berketul.
Masukkan ke dalam piping bag dan bolehlah dipaipkan di dalam cupcakes yang telah sejuk.
![]() |
Taraaaa...siapkan..dusting with snow powder..yummiehhhhh |
Comments
Post a Comment