Kek Marble Margerin Pelangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa minggu lepas saya sempat mencuba resepi baru. Kek Marble yang menggunakan bahan margerin PELANGI sahaja. Siapa cakap nak makan kek yang sedap dan gebu kena guna butter premium. Sesekali kita cuba gunakan bahan-bahan yang ada di dapur ini. Hah..siapa sangka...setelah siap rasa dan teksturnya sumpah sedap! hehehe.

Jom saya kongsikan resepi ini. sumber resepi ini saya perolehi daripada FB Azlina Ina. alhamdulilah tidak pernah mengecewakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

375g margerin pelangi
3/4 cawan gula caster (170 g)
5 biji telur
1 tsp esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
3 tbsp serbuk koko
Sedikit emulco coklat untuk bau dan rasa


Cara-cara:
1. Pukul gula, margerin, esen vanila dengan kelajuan tinggi selama 15-20 min sehingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi 15 min
3. Masukkan susu pekat dan putar sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang dicampur baking powder pula sedikit demi sedikit secara kaup balik. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk koko.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang secara 'marble' sehingga habis. 
6. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 selama 15 min dan turunkan suhu kepada 150 selama 45 min.

Lembut dan gebu sangat rasanya

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun