cekodok pisang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Macam biasa cuti hujung minggu, bila masa sepanjang hari dengan anak-anak dan hanya di rumah sahaja. Perut budak-budak itu  cepat sangat laparnya walaupun telah di isi dengan nasi. Iman request cekodok pisang seperti 'nenek'. Saya sebenarnya bila membuat cekodok pisang selalu main agak-agak. Jadi adakala terlembik dan terkeras. Kali ini saya cuba tengok resepi cekodok pisang. Saya ambil resepi ini daripada blog Azlita Aziz.

Bahan-bahan

8 biji pisang emas
3/4 camca teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 camca besar gula perang 
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan:

Lenyek pisang. dan campurkan semua bahan sehingga sebati. Masukkan tepung. Perap sehingga 30 minit. Boleh sediakan dan panaskan minyak untuk menggoreng.

Memang ternya cekodok pisang ini gebu sehingga ke petang.


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun