Resepi kek batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok jom saya share resepi kek batik. Resepi kek batik ini daripada My MIL, sukatan menggunakan cawan kopi tau bukan cawan metrik tu. Setakat ini, saya menggunakan resepi ini jika ingin menyediakan kek batik buat suami atau untuk makan-makan keluarga. 



Ini bahan-bahannya:

Butter - 1 ketul
Gula - 1/2 cawan
Susu pekat - 3/4 tin
Milo - 3 cawan
Telur - 4 biji
Biskut MARIE - Jika jenama TIGER 2 bungkus

Saya pakai biskut jenama ini 2 bungkus yang telah dipatah-patahkan. Sumber: Google



Kaedah penyediaan:

1. Cairkan butter, kemudian masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
2. Masukkan susu pekat. Kacau sehingga sebati. Dan masukkan milo. Kacau juga sehingga bahan-bahan larut.
3. Masukkan telur, sentiasa kacau sehingga larutan menjadi sedikit pekat dan mendidih.
4. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan. Dan gaul ke dalam larutan milo itu tadi.
5. Setelah sebati. Masukkan ke dalam bekas, dan tekan dengan senduk plastik dengan cepat dan kuat.
6. saya biarkan dekat luar je semalaman sehingga keras. Esok pagi dah boleh sedia untuk di makan.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun