Resepi kuetiau goreng
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ini antara kegemaran kuetiau husband saya. Disebabkan dia tidak suka makan 'seafoods' jadi resepi ini menggunakan daging. So far, saya akan menggunakan resepi ini jika ingin menghidangkan kuetiau goreng. Resepi ini saya ambil daripada 'facebook' Aisha syukor.
Bahan-bahan yang digunakan:
Daging
Fish ball
Fish kek
Sayur kucai
Sayur tauge
Sayur sawi
Limau nipis
Cili kisar
Bawang besar hiris
Bawang putih hiris
Sos tiram
Sos cili
Kicap
Sos ikan
Kaedah:
1. Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar dan putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan daging lembut yang dipotong nipis-nipis, letak air secawan dan bagi masak sampai daging lembut empuk.
4. Bila dah kering masukkan fishball, fishkek. Sesiapa yang suka letak seafoods boleh masukkan juga.
5. Masukkan 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili.
6. Masukkan kuetiau. Masukkan 4 sudu kicap dan 5 sudu sos ikan.
7. Masukkan sawi, taugeh, kucai dan balik-balikkan.
8. Perah limau nipis sebiji.
9. Goreng kejap. Tutup api dan siap.
Comments
Post a Comment