Penghasilan laksa di Kolej Komuniti

Hasilan laksa dan tentunya kena sensori dengan kuah laksa...hehehe

Baiklah...jom saya share penghasilan laksa di Kolej Komuniti step by step. Nampak macam mudah tetapi ada beberapa tips supaya dapat menghasilkan laksa yang tekstur dan warna yang menepati citarasa. Pemilihan tepung kanji juga mempengaruhi 'end product' yang dihasilkan. Di dalam sesi kelas ini, dua kumpulan pelajar menggunakan formulasi yang menggunakan tepung gandum dan dua lagi kumpulan pelajar menggunakan formulasi tepung sagu. Hasilnya, laksa yang mengandungi tepung mengandungi tepung gandum mempunyai warna sedikit kekuning-kuningan berbanding laksa yang menggunakan tepung sagu yang berwarna putih. Daripada segi tekstur masih sama sedikit lembut berbanding laksa kering. Jika laksa tidak masak sepenuhnya, akan ada rasa tepung tetapi jika lama terendam di dalam air panas akan menyebabkan cepat lembik. Sebaik-baiknya apabila laksa telah telah timbul di dalam air mendidih terus angkat dan rendamkan di dalam campuran air ais untuk menghentikan proses pemasakkan laksa. 


Formulasi asas di bawah:

Tepung beras - 600 g
Tepung kanji - 250 g (boleh gunakan tepung gandum, tepung sagu atau pun tepung ubi)
Air panas mendidih - 1000 ml
Garam - secubit

Kaedah:
1. Campurkan tepung beras, tepung kanji dan garam, kemudian tuangkan air panas mendidih.




 2. Gaul sekata dengan senduk kayu dan bentukkan jadi doh dengan tangan jika sudah suam.




3.Masukkan doh di dalam alat penekah, dan tekan adunan kek dalam air yang telah mendidih. Apabila timbul (laksa telah masak), angkat dan toskan laksa.

4.  Masukkan laksa di dalam campuran air ais yang telah disediakan.


5.Laksa beras yang diadun dengan tepung gandum sebelah kiri, manakala sebelah kanan laksa beras yang diadun dengan tepung sagu.


Penyediaan kuah laksa 

Hasil tuaian anak-anak pelajar




Ikan sardin yang dimasukkan di dalam 'pressure cooker'. Saya guna Noxxa..lebih kurang 3.5 kilo ikan dan set HP 60 min

Selepas 60 min tulang dan kepala ikan pun hancur
Tapisan air ikan digunakan untuk blender ikan sehingga hancur.

Cili kering, bawang yang telah diblender dimasukkan di dalam periuk dan asam keping. Masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan ikan yang telah diblender dengan air ikan. Tidak perlu tapis pun hasil blender tadi sebab bila sudah dimasukkan di dalam periuk tekanan semua hancur, termasuklah tulang dan kepala ikan tu.
Masukkan daun kesum. boleh perasakan dengan garam dan serbuk perasa tambahan.

bunga kantan yang telah dimasukkan, biarkan mendidih dan cukup rasa semua ada

Sedia untuk makan bersama laksa beras homemade tadi. Bismillah...

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun