My best friend wedding

To my dear Irna Jannah, my bestfren dunia n akhirah,

kita ada ramai kawan tetapi ada yang datang dan ada yang pergi, dan ko sahabat yang tiada pengganti

Saat pertama ko beritahu aku yang you are getting married, itu lah antara saat paling bahagia, paling happy buat aku weh... Aku lupaaa sekejap saat itu aku perlu menguruskan anak-anak, tetapi mata aku masih setia menatap skrin phone dan setiap ayatmu aku baca berulang kali kerana tidak sabar hendak tahu satu demi satu cerita., seperti sudah lama kita tidak chat dengan panjang lebar....rindu weh...rindu sangat2. Sepertimana dirimu yang  gembira dan meraikan hari bahagiaku 5 tahun yang lalu, begitu jugalah diriku yang teruja berkali-kali ganda menantikan saat ini tiba.

Bukanlah kita semua tidak tahu, jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah atas ketentuan Allah, bukan untuk dipersoalkan bukan jua untuk dipertikaikan ataupun untuk menjadi bahan tanda tanya. Tiada istilah lambat mahupun cepat. Ia datang bertepatan saat Allah telah mengetahui masa dan kesesuaian terbaik buat diri kita. Aku kagumi kesabaranmu dan juga keihklasanmu berbakti kepada kedua orang tuamu dan keluargamu.

Walaupun jasad kita berdua bukan ditakdirkan untuk saling mendekati dan aku juga bukan orang yang sentiasa untuk berada di saat tangis dan tawa ko tetapi aku sangat menghargai saat-saat masa yang pernah kita lalui dan terokai bersama. Jiwa dan raga aku telah terikat dengan ko untuk sebuah ikatan yang dinamakan persahabatan. Seorang sahabat yang mempunyai posisi yang istimewa di sudut hatiku. Semoga hubungan kita ini sentiasa dalam peliharaan Allah untuk masa hadapan yang belum pasti. Aku tidak sempurna tetapi terima kasih kerana masih memilih untuk sudi dan terus setia bersamaku. Meskipun jarak dan keadaan telah memisahkan kita dan mustahil untuk kita kembali ke zaman lalu tetapi dirimu sentiasa ada dalam doa-doaku...insyaAllah.

Back in 2009- Our good old days with happy go lucky irna jannah





2010- Our 1st trip to Langkawi

2011- my chef irna jannah, i think i learn a lot from u about baking n cooking.


2012- Our last pic being together before say goodbye. Masa ni usai solat maghrib di Masjid Terapung Kuala Perlis saat ko  meluangkan masa untuk aku dan umi. Tq beb!



Buat sahabatku irna jannah,

Ini bukanlah nasihat kerana aku bukanlah orang yang layak untuk menasihati lebih-lebih lagi tentang perkahwinan, aku jua masih lagi bertateh memahami erti cinta yang benar. Ia sekadar perkongsian sesuatu yang telah aku lalui dan masih lagi berusaha melakukan yang lebih baik. Namun yang pasti apabila termetrainya lafaz ijab dan qabul,  saat itu jua syurgamu adalah suamimu. Saat besarnya tanggungjawab yang bakal engkau pikul, juga saat  mendung hujan pelangi berwarna warni yang bakal engkau tempuh. Aku berdoa engkau akan terus kuat dan tabah seperti selalunya menghadapi fasa dunia baru ini yang hakikatnya sangat indah jika segala-galanya diniatkan kerana Allah. 

Perkahwinan bukan hanya melibatkan penyatuan 2 jiwa, tetapi satu proses pembelajaran yang tidak akan pernah tamat. Belajar dan terus belajar.

Belajarlah untuk terus mencintai,  
Belajarlah untuk saling memahami,  
Belajarlah tanpa henti untuk menerima segala kekurangan 
dan 
Belajarlah menghargai kelebihannya
 kerana

Dialah lelaki yang telah ditakdirkan Allah untuk hidup disampingmu. Lelaki itu yang sudah tercatat di Luh Mahfuz buatmu. Dialah yang terbaik,  terhebat,  dan terindah untukmu dan aku yakin dialah yang akan membawamu lebih dekat untuk mencintai Yang Maha Esa.

Pandanglah dia suamimu dengan kasih sayang, bukan hanya dengan pandangan mata semata-mata tetapi dengan dengan pandangan yang terus menembusi hatimu.


Buat suami sahabatku irna jannah,

Jagalah bidadari kesayangan kami selayaknya. Dia  'meninggalkan' kehidupannya  yang telah mendewasakannya untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum dia 'kenal' tetapi telah dia terima untuk dijadikan sebagai teman hidup hingga akhir usianya. Dia meletakkan seluruh kepercayaannya untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raganya untuk hidup bersama lelaki yang kini adalah suaminya. Hargailah pengorbanannya dan perasaannya. Sekiranya dia tersasar pimpinlah tangan dia, bimbinglah dia, dan peganglah hatinya untuk kembali kepada jalan yang lurus kerana sungguh walaupun dia seorang yang kuat luarannya seteguh karang tetapi dia tetap seorang wanita yang memiliki hati yang jernih seperti kristal.

Cinta itu amanah. Sesuatu yang indah untuk dinikmati tetapi hadir dengan tanggungjawab yang menuntut pengorbanan dan kepercayaan yang tinggi. Semoga sentiasa sabar, ikhlas dan memiliki hati yang tenang dalam mengemudi bahtera rumahtangga dalam menongkah segala cabaran mendatang. Hargailah dia yang bernama isteri saat dia pilih untuk setia berada di sampingmu. Cintailah dan sayangilah dia dengan sepenuh hatimu setelah mengenalinya. Tiada manusia yang sempurna melainkan saling melengkapi antara satu sama lain adalah kunci emas untuk ketidaksempurnaan itu.
Semoga kau dan dia saling berbahagia hingga ke akhir hayat.

Akhir sekali terasa ingin berkongsi satu khutbah nikah yang saya kira sungguh menyentuh hati. Khutbah nikah ini telah dikongsi oleh seorang yang sangat saya hormati di facebook beliau dan setiap baris ayatnya sangat menjentik rasa jika dihayati satu demi satu kata:

" Seorang alim memberikan khutbah nikah yang antara lain beliau berpesan, "Sesungguhnya maksud daripada pernikahan adalah ayah atau wali pengantin perempuan mengambil perjanjian daripada pengantin lelaki untuk menyelamatkan anak perempuanya dari azab neraka jahannam di akhirat kelak dengan persaksian dua orang saksi. Tanggungjawab itu sebelumnya dipikul oleh ayah si isteri lalu sekarang diambil perjanjian dipindahkan tanggungjawab tersebut kepada suaminya." 

Last but not least buat korang berdua,


Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan. Ameen.
Selamat pengantin baru...(^_*)

.................................................................................................................................

 psttt: irna...jgn lupa gift aku time korang honeymoon...tak kira...nak gak!!!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun