Jom belajar penghasilan cendol di Kolej Komuniti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cendol yang dihasilkan menggunakan kaedah 'direct cooking'

Hari ini nak share tentang penghasilan cendol. Cendol merupakan salah satu hasilan produk daripada tepung beras yang perlu dipelajari pelajar yang mengambil kursus SPK1024 Pemprosesan Hasilan bijian. Apabila memilih untuk belajar di Kolej Komuniti bukanlah belajar berkaitan resepi atau formulasi semata-mata. Kami juga akan berkongsi sains yang terlibat di dalam pembentukan cendol, kaedah dan formulasi yang besesuaian. 

Bahan asas di dalam penghasilan cendol ialah tepung beras, tepung jagung/ubi dan air serta sedikit kapur. Proses yang terlibat di dalam penghasilan cendol ialah proses pengelatinan iaitu kanji (tepung)  yang diadun dengan air apabila dipanaskan akan menyebabkan granul kanji ini menyerap air dan mengembang. Proses inilah yang dipanggil pengelatinan yang akan menyebabkan adunan yang cair tadi akan semakin memekat. Tepung jagung membantu adunan cendol kita lebih berkilat.

Hasil akhir cendol juga bergantung kepada setiap formulasi dan bentuk acuan yang digunakan. Kaedah penghasilan cendol boleh dilakukan sama ada menggunakan kaedah 'direct cooking' ataupun menggunakan air panas. Merujuk kepada gambar A dihasilkan melaui kaedah campuran air panas sebelum di masukkan ke dalam acuan. B, C dan D menggunakan kaedah 'direct cooking' tetapi formulasi yang berbaza.

Cendol yang dihasilkan dengan menggunakan formulasi dan kaedah yang berbeza-beza

Penghasilan cendol kali ini tidak mengunakan 'artificial colour' ataupun pewarna tambahan. Pelajar-pelajar dikehendaki mendapatkan ekstrak daun pandan terlebih dahulu. Kemudian, ekstrak daun pandan tadi digunakan dalam penghasilan cendol. Setakat ini Formulasi yang terbaik adalah di bawah ini.

Bahan-bahan:

Air - 700 ml (boleh guna air daun pandan)
Tepung beras - 100 g
Garam - 5 g
Tepung jagung - 50 g
Kapur - 2 g
Pewarna - 2 g (boleh letak jika tidak meletakkan ekstrak daun pandan)

Kaedah:

Pertama sekali hasilkan ekstrak air daun pandan dan sukat sebanyak 700 ml untuk digunakan
Bahan-bahan yang ditimbang

Campurkan tepung beras, tepung jagung, garam dan kapur dan gaul sebati
Masukkan ekstrak daun pandan dan kacau sebati sehingga tidak berketul

Setelah sebati pindahkan di atas dapur dengan api yang sederhana dan sentiasa kacau
Kacau sehingga likat dan berkilat gini
Kemudian sediakan besen air yang berisi ais. Saya gunakan senduk yang berlubang sahaja. Ambil sedikit adunan tadi dan tekan dengan sudu di atas senduk yang berlubang tadi. Maka terhasillah cendol kita itu.


Cendol yang telah dihasilkan boleh dijadikan sebagai pencuci mulut dengan dicampurkan bersama dengan campuran  santan dan gula melaka. Selain itu, boleh dijadikan kek puding cendol, puding cendol atau pun talam cendol.

SELAMAT MENCUBA (<_^)

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun