Resepi Pulut kuning dan rendang daging noxxa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini nak share resepi pulut kuning dan rendang dagingmenggunakan noxxa. Pada malam hari raya tu, kami baru pulang dari HKl. Tiba di rumah pun, terus solat maghrib dan baru jamah makan sedikit untuk alas perut. Kami hanya sempat berbuka puasa di dalam kereta sahaja dengan air yang di beli. Terasa memang sangat penat dan melelahkan, tetapi Hari Raya tetap kami sambut sekadarnya walaupun abah masih lagi terlantar di HKL. Kerana masa yang agak suntuk, kami gunakan sahaja periuk noxxa untuk membuat pulut kuning dan rendang daging. Walaupun cubaan pertama kali, ternyata hasilnya tidak mengecewakan. Alhamdulilah. Saya gunakan resepi ini untuk pulut kuning:

Beras pulut: 1kg
Santan kotak jenama KARA: 2 kotak kecil
Garam: 1 sudu besar
Daun pandan

Kaedah penyediaanya:

1. Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 30 min dengan asam keping yang dicampur dengan serbuk kunyit.
2. Toskan pulut, masukkan pulut ke dalam innerport, dan masukkan air separas pulut. Masukkan daun pandan dan tambah garam. Set LP 3 min.
3. Kemudian, lepaskan wap dan arung (gaul) santan ke dalam pulut sehingga sebati. Keluarkan daun pandan.
4. Kemudian halakan tombol kepada STEAM. Set Steam 3 min. Selepas itu, keluarkan innerport di dalam periuk untuk mengelakkan daripada berkerak. Dan biarkan di dalam 10 min. Tutup dengan tudung periuk.




Taraaaa...dah siap dalam masa tak sampai 20 min. Alhamdulilah.


Ini resepi untuk rendang daging. Daging lebih kurang 1 kilo setengah yang dibersihkan, dan dipotong saya masukkan ke dalam innerport dan set HIGH PRESSURE 30 min. 

Kemudian saya sediakan bahan kisar. 

Lebih kurang dalam 7 batang serai, 5 biji bawang besar, 7 biji bawang putih, cili padi dalam 20 biji, 2 inci halia, 1 inci lengkuas. Dikisar dengan sedikit air. 


Selepas HP 30 min. Lepaskan wap. Kemudian on kan kepada STIR FRY. Saya masukkan bahan-bahan kisar, santan dalam sekilo, sedikit cili kisar, kerisik dan asam keping. Biarkan sehingga sedikit pekat. 

Sesekali sahaja saya kacau dan saya biarkan rendang saya kering hanya menggunakan method STIR FRY sahaja. Perasakan dengan garam dan gula mengikut kesesuaian. Kemudian bila agak pekat saya masukkan daun kunyit yang dicarik-carik.

Inilah hasil rendang noxxa saya yang simple dan pantas ini.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun