Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama tak bersiaran...semenjak berpindah di bangunan sendiri di Bagan Serai, memang agak sibuk sikit. Sebelum ini berada di Kolej Komuniti arau dan Kolej Komuniti Jelebu ibaratnya cuci kaki sahaja masuk bangunan yang telah siap serba serbi tetapi di sini merasa la mengangkut segala peralatan, mengangkat almari, mengangkut komputer, membersih bangunan, menyiapkan makmal2 makanan., itu pun masih belum sempurna, memandangkan masih banyak kelengkapan peralatan yang belum tiba. Sesi Julai tiba dengan kemasukan seramai 22 orang pelajar untuk Program Pengoperasian Perniagaan. Program Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan masih belum ready untuk ambil pelajar lagi kerana makmal masih diubahsuai lagi. Jadi semester ini, kamai mengajar subjek Pengajiam Am dulu.
Salah satu subjek untuk semester ini adalah Pendidikan Moral (MPU1321). Dalam kesibukan menguruskan aset-aset baru dan lama KKBSe, sedar tak sedar tempoh pengajian semester ini sudah hampir ke 14 minggu. Jadi untuk melengkapi keseluruhan kursus ini, saya dan rakan mengambil inisiatif menganjurkan Lawatan pelajar ke Muzium Perak dan Muzium Matang. Muzium Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Negeri Perak)
yang terletak di Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah
Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada
Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan
lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Muzium ini
adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota
dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas
0.8094 hektar.
|
Pintu masuk Kota Ngah Ibrahim |
|
Dari sisi tepi |
Untuk memasuki Muzium ini tiada bayaran dikenakan dan di buka setiap hari daripada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Saya sungguh tertarik sekali apabila melangkah masuk di sini dan membaca sejarah awal Kota Ngah Ibrahim ini. Kota ini pernah dijadikan
dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922) semasa pendudukan British dan selepas
itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman
pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai
Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya
Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah
Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Muzium Matang hingga sekarang
mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia
(dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).
|
Di pintu masuk utama di dalam bangunan |
|
Gambaran masyarakat cina pada ketika itu berehat setelah selesai melombong bijih timah |
|
Basikal yang digunakan ketika itu sebagai pengangkutan utama masyarakat cina |
|
Kagum melihat kebolehan orang melayu pada ketika itu memakai baju besi untuk berperang |
|
Kamar tidur Ngah Ibrahim |
|
Dari pandangan atas |
Assalam ...mmg pandangan cantik di kota ngah ibrahim...dan sekitar bandar taiping...trmasuk tmn tasik taiping..zoo taiping..bukit larut..mmg sejuk mata memandangan...Syukur d atas nikmat kbsaran ciptaan Allahswt..sya mmg cintakan dgan keindahan bandar Taiping
ReplyDeleteBetul tu puan, saya yang datang bermaustatin di sini pun terus rasa jatuh cinta dengan bumi taiping. Alahamdulilah, benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta..walaupun awalnya datang ke sini dengan hati yang teramat berat.
Delete