Disiniland Agrofarm & Resort, Batu Kurau

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Semalam kami berkesempatan membawa anak-anak ke Disiniland Agrofarm & Resort. Tempat ini terletak di Kampung Perak, Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan kira-kira 20 km dari bandar Taiping. Satu tempat yang sangat menarik dengan kos yang minima. Tempat ini dibuka pukul 10 pagi hingga 6.30 petang. Sesiapa yang ingin berkunjung ke tempat ini sebaiknya datang awal untuk mengelakkan kesesakkan, memandangkan jalan menuju ke Disiniland sangat sempit dan hanya satu kereta sahaja dapat lalu dalam satu masa. Segala aktiviti jual beli seperti makanan, minuman dan apa sahaja aktiviti yang hendak disertai menggunakan coupun. Harga boleh tahan la jugak kalau nak beli air atau makanan, jadi baiklah bawa sendiri...hehehe



Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti memberi haiwan makan, memanah, memancing ikan, menunggang kuda dan lain-lain lagi. Antara yang paling kami suka bila bagi unta dan rusa makan rumput. Memang berselera sungguh si unta itu makan. Haiwan-haiwan di situ boleh dikatakan semuanya makan rumput napea dan agak jinak untuk didekati. Tetapi dinasihatkan untuk tetap berhati-hati terutamanya membawa anak-anak mendekati unta kerana tangan iman hampir digigit unta...berbekas la jugak bahu dia tu..( silap pulak pakaikan lengan pendek, nasib baik beg mama dia ni semua ada, terus keluarkan minyak gamat dan sapu pada tempat yang kena gigit tu). Nasib iman tak trauma..tetapi adik dia pula yang trauma tak nak datang dekat...huhuhu. 
Unta itu 'confuse' agaknya tengok iman ini  mungkin dia ingat makanan, sebab sebelum tu bagi unta tu makan rumput napea...nasib husband cepat-cepat letak iman ke bawah
Brave girl walaupun baru kena gigit tp iman still berani. Rusa yang sangat jinak
Kolam ikan yang sangat besar dan dipenuhi ikan. Boleh memancing juga di sini.
Aktiviti menunggang kuda
Aktivititi memanah
Pemandangan dari pondok tempat kami berehat

Tempat itu sangat luas, nyaman dan sangat menyeronokkan. Ada disediakan pondok-pondok kecil untuk berhenti rehat dan tempat-tempat duduk sepanjang berada di dalam itu. Sebab di situ kawasan yang sangat terbuka dan dilimpahi cahaya matahari sangat terik, jadi dinasihatkan sesiapa yang membawa bayi atau anak-anak kecil supaya sediakan topi dan pakaian yang bersesuaian. Kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam berada di situ. 

Pemandangan yang sejuk mata memandang

Comments

  1. Baru pergi semalam awal bulan satu 2018, da xmenarik... ada ATV, hanya satu jer bole pakai... bnyk lg yg da xda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh...banyaknya dah berubah dlm tempoh tak sampai
      setahun

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang