Kenali Kolej Komuniti Bagan Serai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
![]() |
Kolej Komuniti Bagan Serai (2017) |
Ini antara posting yang tertangguh, Alhamdulilah setelah hampir 7 bulan saya berulang alik antara Semanggol-Bagan Serai-Taiping-Bagan Serai dan Semanggol, akhirnya kami dapat menduduki kembali bangunan Kolej Komuniti Bagan Serai pada 1 Ogos 2017 secara rasminya. Walaupun ketika 03 Julai 2017 pendaftaran pelajar sesi Julai 2017 telah bermula dengan kemasukan seramai 22 orang, tetapi bangunan masih belum siap sepenuhnya. Ini menyebabkan kami terpaksa mengambil keputusan menyewa di bahagian atas bangunan Restoran Setiakawan (berhadapan dengan bangunan kolej Komuniti Bagan Serai) selama sebulan sementara menantikan bangunan kami siap. Dengan ruang yang terhad, di situlah kelas, ruang solat pelajar dan tempat penyediaan PdP pensyarah. Saya kagum dengan sahabat-sahabat yang mengajar subjek utama Program Pengoperasian Perniagaan yang begitu gigih mengajar walaupun dalam serba kekurangan bahan-bahan dan kelengkapan PdP seperti mesin fotokopi, printer, komputer dan lain-lain lagi. Ya, kami bermula daripada kosong dan sehingga hari ini kami tetap sabar menanti sedikit demi sedikit segala kemudahan untuk dilengkapi. Namun, itu semua bukan alasan untuk kami lemah., malah menjadikan kami lebih bersemangat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kami yang hakiki.
Sejarah Kolej Komuniti Bagan Serai bermula pada Oktober 2013 dengan 12 orang 4 orang staf perintis yang bermula dengan 2 pintu sahaja. Pengarah pertama yang mengetuai ialah Encik Mohamad Haslan bin Samsudin. KPT membeli 10 lot bangunan rumah kedai 2 pintu bagi pembangunan kolej dengan keluasan 42,000 kaki persegi dengan kos pembelian anggaran RM4.1 juta. Namun pada Ogos 2015, kami telah berpindah buat sementara ke Kolej
Komuniti Taiping untuk memberi laluan kepada pengubahsuaian bangunan
asal ini yang melibatkan 10 lot pintu rumah kedai. Kos pengubahsuaian
yang terdiri daripada 4 fasa memakan belanja hampir RM 6 juta. Penantian kami selama 2 tahun dan akhirnya bangunan ini berjaya diserahkan
kembali kepada kami.
Terkini sehingga Oktober 2017, Kolej Komuniti Bagan Serai dikemudi oleh Pengarah yang kedua iaitu Encik Mohd Shahidi Bin Mohd Saad bersama 10 orang kakitangan pengurusan dan 10 orang pensyarah. Hasil daripada kajian pasaran/populasi yang dilakukan oleh beberapa orang wakil, pihak jabatan telah memutuskan 2 program pengajian yang sesuai untuk penduduk setempat iaitu:
Jika sebelum ini saya berkhidmat di Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Jelebu yang kedua-dua Kolej ini sudah establish dan hampir lengkap keseluruhannya. Ibaratnya masuk ke tempat baru dengan cuci kaki sahaja. Tetapi apabila menjejakkan kaki di bangunan yang baru diserahkan ini, satu pengalaman baru yang sangat berharga buat saya, jadi merasalah kami mengangkut segala barang seperti meja, kerusi, almari dan membuat layout susun atur perabot serta segala kelengkapan. Kami tidak ramai dengan hanya 18 staff sahaja pada awal kemasukan kami di bangunan ini, jadi kamilah semuanya yang berganding bahu, tenaga dan bekerjasama antara satu sama lain. Ibaratnya berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Di sini kebanyakkannya saling membantu tanpa mengira skop atau tertumpu kepada urusan kerja sendiri. Alhamdulilah seperti Allah telah mengkabulkan permohonan saya untuk bertemu dengan kawan-kawan sepejabat yang saling memahami dan membantu antara satu sama lain, termasuklah di pihak pengurusan tertinggi.
Semoga dengan kembalinya kami di Bagan Serai dengan berbekalnya tenaga kerja yang berpengalaman dan kemudahan yang diberikan oleh KPT, diharapnya pada masa hadapan akan banyak lagi program-program yang dapat disumbangkan kepada komuniti setempat.
-
![]() |
Bangunan Kolej Komuniti Bagan Serai (2013-2015) yang bermula hanya 2 lot pintu |
1) Sijil Akauntansi
2) SijilPemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
Namun, Sijil Akauntansi telah ditukarkan kepada Sijil Pengoperasian Perniagaan pada tahun 2016 atas hasil perbincangan bersama pensyarah dan pengurusan tertinggi. Pengambilan pelajar baru bagi Sijil Pengoperasian Perniagaan telah dibuka pada Sesi Julai yang lepas, manakala pengambilan pelajar sulong bagi Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan akan dibuka pada Sesi November ini iaitu pada 1 November 2017.Jika sebelum ini saya berkhidmat di Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Jelebu yang kedua-dua Kolej ini sudah establish dan hampir lengkap keseluruhannya. Ibaratnya masuk ke tempat baru dengan cuci kaki sahaja. Tetapi apabila menjejakkan kaki di bangunan yang baru diserahkan ini, satu pengalaman baru yang sangat berharga buat saya, jadi merasalah kami mengangkut segala barang seperti meja, kerusi, almari dan membuat layout susun atur perabot serta segala kelengkapan. Kami tidak ramai dengan hanya 18 staff sahaja pada awal kemasukan kami di bangunan ini, jadi kamilah semuanya yang berganding bahu, tenaga dan bekerjasama antara satu sama lain. Ibaratnya berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Di sini kebanyakkannya saling membantu tanpa mengira skop atau tertumpu kepada urusan kerja sendiri. Alhamdulilah seperti Allah telah mengkabulkan permohonan saya untuk bertemu dengan kawan-kawan sepejabat yang saling memahami dan membantu antara satu sama lain, termasuklah di pihak pengurusan tertinggi.
Semoga dengan kembalinya kami di Bagan Serai dengan berbekalnya tenaga kerja yang berpengalaman dan kemudahan yang diberikan oleh KPT, diharapnya pada masa hadapan akan banyak lagi program-program yang dapat disumbangkan kepada komuniti setempat.
![]() |
Pengarah dan Timbalan Pengarah sama-sama berganding tenaga |
![]() |
Sedang memasang meja untuk bilik pantri |
![]() |
Bilik Pensyarah |
.
salam.. ada kerja kosong dlm bidang IT tak..? saya sekarang menetap di lembah klang, bercadang nak pindah ke kampung halaman bagan serai.. kot² ada lubang kerja dlm IT technical..
ReplyDeleteMaaf, saya tak pasti pula berkenaan perjawatan IT berapa reten yang diperlukan. Mungkin tuan boleh contact bahagian admin kolej komuniti bagan serai untuk penjelasan yang lebih baik. Semoga dapat pulang berbakti di kampung sendiri;-)
DeleteTq sbb sanggup berkhidmat di kampung kelahiran kami. Mohon teruskan menulis sbb ramai beranggapan kolej ni kolej swasta.
ReplyDeleteTerima kasih. Betul itu sehingga hari ini masih ramai yang beranggapan begitu yang kolej ini swasta. Sedangkan banyak kemudahan yang telah diberikan kerajaan untuk anak-anak tempatan ceburi dengan memasuki Kolej Komuniti. Banyak langkah2 promosi yang kami jalankan termasuklah masuk ke kampung2 untuk mengajak anak-anak muda membuat sesuatu dalam hidup mereka.
DeleteHanya jurusan perniagaan je ke yg ada...sy bercdg utk berkhidmat di kg halaman sendiri...sy dr politeknik bidang kej.elektrik
DeleteKejuruteraan Elektrik memang tiada di sini, insyaAllah jika diizinkan Allah mungkin puan boleh mencuba untuk masuk disini atas tiket pegawai jika ada kekosongan.
DeleteSejarah Kolej Komuniti Bagan Serai bermula pada Oktober 2013 dengan 12 orang staff perintis yang bermula dengan 2 pintu sahaja. Pengarah pertama yang mengetuai ialah Encik Mohamad Haslan bin Samsudin.
ReplyDeleteassalammualaikum..maaf mencelah..mula2 masa ne hanya 4 orang sahaja...cik lan dan hafidz yg duduk tetap di kk bagan serai..2 org lagi dipinjamkan..iaitu abg aziz ( sblm ne kk cenderoh ) dan saya..maaf sgat2...
Terima kasih tuan untuk makluman dan akan saya betulkan, terima kasih juga kerana menjadi tenaga kerja pioneer dalam pembentukan Kolej Komuniti Bagan Serai dan atas sumbangan yang telah diberikan;-)
Delete