Ecopark, Bukit Merah Lake Town Resort

Pada hari yang sama kami memasuki Waterpark, kami juga mempunyai tiket untuk masuk ke Ecopark. Hampir separuh hari mandi-manda dan bermain di Waterpark, hampir kami terlupa yang kami perlu ke Ecopark. Setelah salin pakaian, dan solat hampir pukul 5.00 petang kami berjalan kaki menuju ke Ecopark. Iman dan Khaira nampak sudah keletihan tetapi kerana ingin pergi melihat kami gagahkan diri jugak. Jom layan aktiviti kami di sana. Rasa perlu repeat lagi ke Ecopark sebab kami tidak sempat menaiki skycycle, dan ada juga beberapa bahagian haiwan yang kami terlepas sebab ketika hujan renyai-renyai. Dan kami terpaksa mencari tempat perlindungan daripada hujan. Namun staff di situ sangat baik dan membantu kami.

Pintu utama menuju kaunter masuk Ecopark

Laluan ke Ecopark, tenang dan mendamaikan
Mama buat-buat berani padahal penggeli..hehehe

staff Ecopark yang baik dan peramah

Melihat binturong..mula2 ingatkan bear..hehe

Labi-labi




ikan arapaima





Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang