Kelas penghasilan putu mayam bersama pelajar di Kolej Komuniti Bagan Serai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. Air yang disukat dipanaskan sehingga mendidih. Ketika hampir mendidih, garam dan minyak dimasukkan.
2. Setelah mendidih, tepung beras dimasukkandan gaulkan sehingga menjadi doh yang pejal.
3. Kemudian ambil sedikit doh tadi dan masukkan dalam acuan putu mayam.
4. Kukus selama 7 minit sehingga masak.
5. Putu mayam yang siap sedia dihidang dan boleh makan bersama dengan kelapa parut dan gula perang.
Saya
kongsikan resepi mudah untuk penghasilan putu mayam bersama anak-anak
pelajar saya di dalam kelas. Walaupun begitu terdapat beberapa tips yang
perlu dipatuhi supaya putu mayam yang dihasilkan cantik dan menjadi.
Putu mayam merupakan kuih tradisional yang terdiri daripada empat bahan
utama sahaja iaitu tepung beras, air, garam dan minyak. Suka saya kongsi
dengan pelajar supaya menyukat kuantiti air dengan betul supaya doh
yang dihasilkan tidak lembik dan melekit. Air yang dididihkan mestilah
dalam keadaan panas mendidih dan apabila tepung dimasukkan pastikan doh
terbentuk dan tidak mengacau terlalu lama untuk mengelakkan doh menjadi
lembik.
Bahan-bahan yang digunakan ialah:
Bil
|
Bahan-Bahan
|
A
|
1
2
3
4
5
|
Tepung beras
Air
Garam
Minyak masak
Daun pandan/ pewarna pandan
|
225 g
240 g
2 g
10 g
4-5 helai
|
Kaedah penyediaanya:
1. Air yang disukat dipanaskan sehingga mendidih. Ketika hampir mendidih, garam dan minyak dimasukkan.
![]() |
boleh gumakan ekstrak daun pandan, ataupun dititis sedikit pewarna hijau ataupun air putih |
2. Setelah mendidih, tepung beras dimasukkandan gaulkan sehingga menjadi doh yang pejal.
3. Kemudian ambil sedikit doh tadi dan masukkan dalam acuan putu mayam.
4. Kukus selama 7 minit sehingga masak.
5. Putu mayam yang siap sedia dihidang dan boleh makan bersama dengan kelapa parut dan gula perang.
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.
ReplyDeleteResepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada puan telah diberikan.
Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-pilihan-putu-mayam-paling-memikat-selera.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
ok baik terima kasih atas makluman dan sangat saya hargai ;-)
Delete