Oreo Brownies for December babies 2017 (sebuah throwback...hehe)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semasa hari lahir Khaira Kadijah pada 24/12/17 yang lalu saya mencari idea untuk baking....tidak bercadang pun untuk membuat jamuan atau keraian memandangkan papa Iman dan Khaira tiada di sni, jadi saya cuma berfikir untuk membuat kek bagi makan-makan di Taska mereka bersama teacher dan kawan-kawan mereka. Saya juga pada masa itu kebetulan agak sibuk menyiapkan beberapa tugasan kerja penting dan pada masa yang sama perlu mengemas untuk ke Alor Star bagi meraikan perkahwinan sahabat baik saya pada 24/12/17 itu. Jadi pada hari jumaat, setelah melihat resepi yang saya fikir mudah saya bercadang untuk membuat Orea brownies resepi asal daripada adik Danish Harraz. alhamdulilah, ramai yang memuji kesedapan oreo brownies dan sangat mudah membuatnya. Cuma sesiapa yang mahu kurangkan manis, bahagian filling biskut orea tidak perlu dimasukkan semua. Jadi in resepi asalnya: 

Bahan-bahan:-

1/2 cawan vegetable oil
1 cawan gula
1 suduteh esen vanilla
2 biji telur bersize besar
1/2 cawan tepung gandum
1/4 suduteh baking powder
1/3 cawan serbuk cocoa
1/4 suduteh garam halus
15-20 keping biskut oreos yg dipecah2 kan bersekali dengan creamnya.


Caranya:-

1- Preheat oven pada suhu 160°C.
2- Masuk kan semua bahan kering kedalam mangkuk (kecuali oreos) dan ketepikan.
3- Masuk kan vege oil dan gula kedalam bekas besar dan kacau hingga sebati.
4-Masuk kan telur dan esen vanilla, dikacau rata sahaja.
5-Masuk kan pula bahan2 kering tadi dan kacau sebati secara kaup balik dan jangan overmixed.
6- Masuk kan 3/4 dari pecahan oreos tadi kedalam adunan dan kacau rata.
7-Tuang adunan ke dalam loyang empat segi 8 x 8 yang telah dialas dengan parchment paper. 8-Adunan ini sedikit sahaja dan boleh doublekan adunan jika mahu menggunakan loyang 9 x 9.
9-Bakar selama 20 min sehingga tiada cecair melekat. Jangan overbaked.



Simple deco untuk birthday girl, my drama queen Khaira Khadijah


Tak sangka teacher diorang send pic sebab tak minta pun diorang celebrate just buat untuk makan-makan je;-)

Kebetulan barang ada lebih jadi buat satu loyang lagi untuk rakan-rakan ofis sempena birthday kak ina dan ainul. diorang pun lahir bulan 12 juga. Kita deco-deco biasa-biasa jer sebab deco kek still banyak lagi nak kena improve...just untuk seronok-seronok makan-makan di pantri. Semoga Khaira Khadijah membesar menjadi anak yang solehah dan mewarisi sifat2 baik dan penyayang daripada Opah dan kakak ainul. 


Oreo brownies for them

Happy birthday december babies;-)


Resepi yang sama, saya doublekan adunan dan guna loyang 9 inci.Topping with nutella

Loyang 9 inci

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun