Puding kastard marble



Bila sedang mengemas dapur tengok ada dua bungkus agar-agar tali yang masih belum digunakan. Sambil2 tu tengokla resepi apa yang boleh dibuat. Kebetulan terjumpa tentang resepi puding marble ini. Tidak pernah mencubanya pun, bila tengok semua bahan-bahan ada. Apa lagi masuk dapur teruslah buat. Ini resepinya hasil pencariaan goggle. Tuan punya resepi asalnya tidak pula tertulis. 

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali 37. gram (rendamkan sebelum direbus)
6 gelas air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan 2 sudu besar air suam 

Kaedah Penyediaanya:
1. Rebuskan agar-agar dengan air yang disukat hingga hancur
2. Masukkan gula dan bila mendidih tapis.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastard dan tabis terlebih dahulu.
4. Masukkan bancuhan kastard dan kacau sehingga agak pekat.
5. Bahagikan kepada 2 bahagian dan satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
6. Sendukkan adunan coklat ke dalam loyang dan lapiskan adunan kastard. Buat berselang seli sehingga habis.
8. Biarkan hingga keras dan boleh dipindahkan di dalam peti sejuk.

TIPS:
Semasa proses melapis, pastikan setiap adunan diletakkan secara double boiler untuk mengekalkan suhu panas. sekiranya adunan menjadi sejuk, adunan sedikit likat dan tidak cantik semasa proses melapis dilakukan.

Dimakan sejuk-sejuk, tak sangka iman sangat sukakannya, sampai terpaksa mam sorok sebab risau iman makan banyak sangat...hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun