Remis masak serai

Remis masak serai
Ini hasil kutipan kami semasa di Pantai Port Dickson, pertama kali saya saya memakannya, hasil air tangan mak. Sangat sedap dan boleh diratah macam itu sahaja. Cuma isinya agak kecil dan sedikit, kena ambil banyak sedikit baru laa puas nak makan..hehe. Ini saya kongsikan resepi yang sangat mudah:

Bahan-bahan:

Remis - dibersihkan
Bawang putih - hiris nipis
Bawang merah - hiris nipis
Halia - hiris nipis
Serai - ketuk

Masukkan sedikit air di dalam periuk, masukkan bawang purih, bawang merah, halia dan serai sehingga mendidih. Masukkan remis dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak