Antong Coffee Mill Factory Taiping

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Semalam kami yang terdiri daripada team SPK Kolej Komuniti Bagan Serai berjaya membuat lawatan ilmiah bersama-sama pelajar-pelajar kami ke Antong Coffee Mill Factory. Kilang ini merupakan kilang perusahaan yang memproses biji kopi yang tertua di Malaysia yang telah beroperasi pada tahun 1933. Kilang ini dibuka oleh Mr. Thiah Ee Mooi dan sehingga ke hari ini kilang ini masih beroperasi sepenuhnya dan sesiapa yang berkunjung ke sini bukan sahaja boleh melihat lebih dekat pemprosesan biji kopi yang diproses secara tradisional tetapi pada masa yang sama boleh melihat nilai-nilai sejarah yang ada pada tempat ini. Sekiranya ke Taiping 'waze' sahaja tempat ini yang terletak di Assam Kumbang dan anda akan disambut dengan mesra oleh pekerja-pekerja di sini. 





aneka jenis bijian kopi sebelum di proses


Kami yang excited bergambar..hehe


kami diberi penerangan berkenaan Antong coffee mill melalui tayangan video



Halal ke kopi ini..mestilah Halal..jangan risau

Proses penyediaan caramel untuk dicampurkan dengan biji kopi yang telah diproses. Jika biji kopi yang disediakan di negara barat tidak melibatkan penyediaan caramel. Sebab itu rasanya lebih pahit berbanding dengan kopi tempatan yang dihasilkan

Biji kopi yang dibakar,memag pedih mata dan berhabuk, sesiapa yang ada masalah kesihatan mungkin tidak sesuai masuk ke dalam ini

Masih lagi menggunakan kayu arang di dalam penyediaan proses biji kopi


Selepas itu boleh melawat tempat jualan produk kopi Antong yang bersebelahan sahaja dengan kilang memproses biji kopi

Bersama legasi pemilik Antong Coffee

Kami yang gembira...Alhamdulilah

Hujan lebat ketika ini


Di dalam Villa sejarah yang pernah diduduki oleh Chen Cuifen



Antara barang-barang antik yang masih ada untuk tontonan umum



Kami warga Sijil Pemprosesan dan Kualiti Makanan (SPK), Kolej Komuniti Bagan Serai (2018)






Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Resepi cornflakes madu mudah

Tips buat Apam kembang mekar