Apam coklat mekar kukus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pagi tadi bangun awal, bila buka peti sejuk baru teringat ada lebihan susu cair yang telah dibuka semasa buat kandi kelapa, masih banyak lagi tidak sampai separuh pun. Terus terfikir untuk buat apam coklat mekar. Boleh iman dan khaira bawak bekal di sekolah dan boleh juga sikit bawa untuk teman-teman ofis. Alhamdulilah, buat dalm pukul 5.30 pagi, siap kukus dan kemas semua dalam pukul 6.15 pagi. Sekejap dan mudah je resepi ini. Macam biasa laa resepi ini saya ambil daripada fb Azlina Ina. Terima kasih ya atas perkongsian.
Bahan-bahan dan Kaedah:
Bahan A:
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
Sedikit garam
Ayak kesemua dan ketepikan.
Bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
! cawan gula (boleh kurangkan kepada 3/4 cwn)
Blender kesemua bahan B dalam 3 minit.
Masukkan kesemua Bahan B ke dalam bahan-bahan kering (Bahan A)
Masukkan ke paper cup yang dimasuukan ke dalam acuan lompang
Panaskan kukusan dan kukus selama 15 min dengan api besar.
Maai sodap tu!!!
ReplyDeletehahaha...sedappp dan mudah sangat...hehe
Delete