Ban Pecah, Tanjung Piandang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ban pecah merupakan persisiran pantai berbatu yang terletak lebih kurang 21 km daripada Bagan Serai dan 5 kilometer dari Parit Buntar. Kedudukannya terletak di Tanjung Pandang dan merupakan antara tarikan utama buat pengunjung di sekitar Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Ban pecah merupakan lokasi yang cukup dikenali bagi yang sukakan memancing ikan dan merupakan tumpuan bagi penggemar makanan laut kerana terdapat macam kedai makan dan restoran yang berhampiran menyajikan makanan laut yang sungguh menyelerakan.
Di tepian pantai ban pecah didirikan batu batu untuk menghalang hakisan akibat ombak laut, dan kedudukannya berhampiran dengan perkampungan dan sawah padi menjadikan kawasan ini sungguh strategik dan cantik mata memandang serta sangat memberi ketenangan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai kecil yang menjual air dan makanan ringan.
Ban pecah juga menyimpan mitos sendiri di sebalik kejadiaanya. Dikatakan ban pecah yang asalnya adalah hamparan sawah padi yang luas dan subur menghijau tetapi bertukar kerana disebabkan sumpahan anak yatim terhadap bapa saudaranya yang mengkhianati janji terhadap amanah yang diberikan. Walauapu pun kisah di sebaliknya, ban pecah hingga ke hari ini menjadi salah satu destimasi popular orang-orang tempatan dan pengunjung yang berhampiran untuk menikmati keindahan ciptaan Allah ini dan untuk meluangkan masa bersama-sama.
Comments
Post a Comment