Kek kulit oren / Orange peel cake
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
![]() |
Kek kulit oren |
Semalam kelas dengan pelajar bagi produk penghasilan marmalade orange? Ada yang gemar marmalade orange tak? Alhamdulilah kelas berjaya dijalankan dengan baik. Bila proses mengemas makmal, saya dapati ada lebihan banyak kulit oren tadi. Sebelum dimasukkan di dalam marmalade. Kulit oren itu di rendam dengan air garam seketika untuk membuang sisa-sisa kotoran, dan di masak berulang kali bagi membuang rasa pahit. Kita ambil bahagian kulit luar sahaja tidak termasuk lapisan putih itu. Lapisan putih itu yang menyebabkan rasa pahit. Kemudian di rendam dengan air gula sekurang-kurangnya 2 jam. Setelah itu akan dikeringkan di dalam oven. Setelah melalui beberapa proses itu, sayang pula hendak di buang. Pelajar-pelajar memang tidak berminat memandangkan mereka tinggal di asrama. Jadi saya terfikir hendak membuat kek kulit oren mudah ini.
![]() |
kulit oren yang telah disediakan |
Di bawah ini saya share resepinya untuk simpanan saya juga suatu hari jika ingin mengulanginya lagi.
Bahan-bahan :
200 g gula caster
200 g butter (saya guna margerin shj)
3 telur
250 tepung
2 1/2 tsp baking powder (saya terambil soda bikarbonat...nasib kek sedap dan jadi)
1/3 cup fresh milk
Kaedah penyediaanya:
1. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Selang-selikan dengan tepung dan susu. Putar speed 1 shj.
4. Akhirkan dengan tepung. Masukkan kulit oren dalam lebih kurang 25g tadi
5.Kaup balik
6. Lenser loyang 8 inci dengan mentega. Masukkan adunan.
7. Bakar pada suhu 180 selama 40-45 minit.
![]() |
Gigih tak bangun pukul 4 pg, bawak bekal dekat ofis |
Comments
Post a Comment