Langkah demi langkah resepi kuih bingka pandan sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Siapa suka sangat makan bingka pandan??? Pertama kali makan bingka pandan dengan kak ina, kawan satu ofis terus makan tak ingat dunia. Bila tanya resepi, kak ina cakap dia bukan sukat tetapi main agak2 sukatannya. Disebabkan teringin sangat nak belajar buat resepi kuih bingka ni, terus belajar dan berguru dengan kak ina. Ini resepi sukatannya hasil daripada pembelajaran bersama dengan kak ina:
Resepinya:
Tepung gandung: 5 cawan
Campuran santan dan air daun pandan: 6 cawan
Air kelapa: 2 cawan (menggunakan sebiji kelapa)
Air kelapa: 2 cawan (menggunakan sebiji kelapa)
Gula: 2 cawan
Mentega: 1 sdb
Telur: 1 biji
Garam: 1 sdk
Kaedah penyediaanya:
![]() |
Bahan-bahan yang disediakan, telur itu sebiji sahaja, tetapi sebab terpecah nampak macam dua...sebenarnya satu shj. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk warna lebih menarik. |
![]() |
daun pandan yang dipotong |
![]() |
Daun pandan yang dikisar dengan air/ boleh juga dikisar santan cair |
![]() |
Perahkan kelapa yang dikisar untuk dapatkan santan |
![]() |
Campurkan tepung, gula, mentega dan garam |
![]() |
Masukkan campuran air kelapa, santan, air pandan, telur ke dalam adunan. Dan kacau sehingga sebati tidak berketul. Boleh juga blender. |
![]() |
Oles loyang dengan mentega, tuangkan adunan |
Comments
Post a Comment