Resepi Pulut kuning dan rendang daging noxxa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini nak share resepi pulut kuning dan rendang dagingmenggunakan noxxa. Pada malam hari raya tu, kami baru pulang dari HKl. Tiba di rumah pun, terus solat maghrib dan baru jamah makan sedikit untuk alas perut. Kami hanya sempat berbuka puasa di dalam kereta sahaja dengan air yang di beli. Terasa memang sangat penat dan melelahkan, tetapi Hari Raya tetap kami sambut sekadarnya walaupun abah masih lagi terlantar di HKL. Kerana masa yang agak suntuk, kami gunakan sahaja periuk noxxa untuk membuat pulut kuning dan rendang daging. Walaupun cubaan pertama kali, ternyata hasilnya tidak mengecewakan. Alhamdulilah. Saya gunakan resepi ini untuk pulut kuning: Beras pulut: 1kg Santan kotak jenama KARA: 2 kotak kecil Garam: 1 sudu besar Daun pandan Kaedah penyediaanya: 1. Basuh beras pulut dan rendam lebih kurang 30 min dengan asam keping yang dicampur dengan serbuk kunyit. 2. Toskan pulut, masukkan pulut ke dalam innerport, dan masukkan air sep...