Pengalaman luka ceaser keluar air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pertama kali merasai pengalaman bersalin secara ceaser pada 27/12/2018., satu pengalaman yang cukup berbeza dengan sebelum ini. Dan ini satu pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan. Hari pertama turun dari katil, setelah merasai ubat bius yang sudah hilang sudah cukup berkerut-kerut muka menahan sakit. Apatah lagi nak mengambil barang yang jatuh ke bawah, hendak menunduk, batuk ataupun gelak...terseksa rasanya menahan diri. Pendek kata kalau sebelum ini seseorang yang sudah biasa berdikari, membuat kerja sendiri, tetapi di dalam tempoh ini memang terpaksa mengharapkan ihsan orang di sekeliling untuk membantu. Memang betul-betul nak kena manjakan diri. Masa hari-hari pertama selepas ceaser, hendak berpusing untuk tukarkan pampers anak pun merasa sakit. Tetapi sudah namanya ibu kan..untuk anak sanggup lakukan apa sahaja. 24/1/2019- Nuha Nazihah cucuk sebulan di Klinik Kesihatan Bagan Serai Alhamdulilah, saya dikelilingi ipar da...