Kursus 'Drop Cookies' bersama warga staff KKBSe iaitu Nig Nog Sweedish Cookies


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dan Segala puji dan syukur kepada Allah kerana berkesempatan berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa dengan warga KKBSe. This is my first job after 3 months taking maternity leave. Pastinya sedikit teruja walaupan pada masa yang sama sedikit rasa terbeban kerana tugasan MQA penyediaan dokumen COPPA 2 masih belum saya siapkan..huhuhu (Moga dipermudahkan Allah urusan selepas ini..Aamiin)

Sebenarnya program ini dianjurkan dengan harapan dapat membawa impak yang positif kepada warga kakitangan KKBSe. Program kursus ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada semua staff yang berminat untuk mempelajari proses penghasilan biskut mengikut formulasi dan kaedah penghasilan yang betul. Disamping itu juga, kursus ini membantu setiap staff yang berminat untuk mempelajari bermula daripada pengenalan bahan mentah, proses penghasilan dan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi penghasilan sesuatu jenis biskut. Kursus ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama staff sokongan dan juga akademik tanpa mengira skop tugas. 

Alhamdulilah....minta maaf semua sekiranya ada yang terkurang...sayang kamu semua;-)

Di dalam kursus ini saya bersama teamates saya iaitu Cik Amalina, kami bergabung tenaga berkongsi 2 jenis resepi drp cookies mudah iaitu Nig Nog Sweedish Cookies dan Chocolate Chips Cookies. Nig Nog Cookies adalah resepi yang saya perolehi daripada arwah sahabat baik saya Kak Mas. Bertahun-tahun saya tinggalkan resepi ini kerana setiap kali ingin membuatnya hati mesti teringat pada arwah kak mas. Namun untuk perkongsian bersama, semoga pahala yang ada akan bersambung kepadanya. Aamiin.

Di bawah ini saya kongsikan resepi Nig Nog Sweedish Cookies

Bahan-bahan penyediaan cookies

Nig Nog Cookies yang telah siap!




Bahan A
·         180 g butter
·         50 g shortening
·         80 g gula caster
·         ½ tsp garam

Bahan B
·         150 g Tepung self-raising
·         100 g Tepung gandum
·         50 g Nestum
·         80 g Dark chocolate chips
·         50 g Kuaci jepun (cincang)
·         50 g Walnut (cincang)
·         ½ tsp soda bikarbonat



1- Campur semua bahan A dan putar selama 4 minit atau pukul sehingga kembang. (pakai wooden spoon je)
2- Satukan Bahan B dan masukan ke dalam bahan A. Kacau sebati
3- Sejukkan doh di dalam peti ais selama 10 minit
4- Bentukkan biskut secara drop.
5-  Bakar pada suhu 1800C selama 15 minit atau sehingga masak. 
















 

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun