Resepi ayam masak butter sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sepanjang bulan ramadan kali ini, saya beberapa kali telah mencuba resepi ayam butter ini. Walaupun pertama kali mecuba resepi Azie Kitchen, terus mendapat pujian dan permintaan oleh anak-anak. Cuma saya jadikan lebih berkuah kerana suami dan anak-anak sukakan berkuah. Di bwah ini saya kongsikan resepi yang saya ambil dari blog Azir Kitchen.

Bahan-bahan



2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sudu besar mentega
1 sudu besar cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai (saya gunakan 3/4 tin susu utk jadikan lebih berkuah)
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun