Resepi bergedil daging sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sesiapa kat sini suka makan bergedil daging. Setiap kali kalau makan dengan sup tulang, saya suka buat bergedil daging. Sudah beberapa kali saya gunakan resepi ini. Saya memperolehi resepi ini dari rakan fb saya Intan Amalina. Saya folo fb kawan saya ini, kerana beliau suka share resepi-resepi masakan yang menarik dan nampk sedap. Setakat ini setiap kali buat bergedil, memang inilah resepinya yang saya guna dan setakat ini tidak pernah gagal.

Bahan-bahan:

1. Daging kisar 400g
2. Kentang 3-4 biji
3. Daun sup dan daun bawang
4. Bawang goreng (saya letak dalam 2-3 sudu besar)
5. Rempah soto (2 sudu, jika tak xde boleh guna rempah beriani)
6. Telur 2 biji
7. Tepung beras (1 sudu besar)
8. Tepung gandum (saya guna lebih kurang 2-3 sudu besar)
9. Garam

Kaedah pembuatannya:

1. Goreng kentang yang dipotong kecil di dalam minyak dan kemudian lenyekkan.
2. Campurkan daging kisar, daun sup, daun bawang, bawang goreng, satu biji telur dan beberapa sudu tepung gandum supaya adunan tidak terlalu melekit dan senang untuk dibentuk. Perasakan dengan garam. Jangan terlalu masin.Gaulkan dengan sebati semua bahan. Bentuk dan bulatkan bergedil.
3. Campurkan  sebiji telur dengan sesudu besar tepung beras (untuk bergedil nampak cantik disalut telur). Gaulkan dengan sebati. 
4. Bergedil yang telah dibentuk, dicelup dengan bancuhan telur  itu tadi.
5. Goreng dengan api yang sederhana perlahan. Balikkan bergedil setelah satu bahagian itu benar-benar garing untuk mengelakkan bergedil tidak berderai. 


Comments

Popular posts from this blog

Rumah Transit Putrajaya

Jalan-jalan cari makan Bagan Serai Perak

Sayur petola masak lemak dengan fucuk dan suhun