Brownies Kedut yang tersangat sedap resepi dari Azlina Ina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Selamat petang semua. Semoga semua orang didalam limpah rahmah Allah SWT. Hari ini ingin berkongsi resepi brownies kedut yang memang acap kali saya buat. Alhamdulilah setakat ini resepi brownies kedut yang terbaik bagi saya. Brownies mempunyai rasa yang tersendiri dan unik. Secara asasnya, terdapat 4 jenis tekstur yang dimiliki oleh brownies, iaitu sama ada seperti cake (cakey ), padat ( fudgy ), liat ( chewy ) atau sedikit berderai ( crumbly ). Untuk resepi ini, brownies seperti cakey . Bahan-bahan: 125 g butter 250 g coklat masakan 3 biji telur (gred B) 1 sk esen buttermilk/ vanila 200 g gula perang 150 g tepung gandum (ayak) 35 g serbuk koko (ayak) 1/2 sk baking powder (ayak) Kaedah Penyediaan: 1. Cairkan butter dan coklat (double boiler) 2. Satukan telur, gula, esen dan kacau sehingga sebati 3. Masukkan adunan coklat yang dicairkan (yang masih panas) ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula. 4.Masukkan...